Imbasan Anugerah Juara Lagu 27
Pada malam Isnin yang lalu berlangsunglah satu anugerah yang paling
berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 27 dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Daddy
rasa semua orang sudah maklum akan pemenang-pemenang pada malam tersebut.
Kepada yang belum tahu, inilah senarai pemenangnya:
Persembahan Terbaik - Teman Pengganti - Black & RJ
Vokal Terbaik - Ku Akui - Hafiz
Tempat Ke 3 - Ku Akui - Hafiz, Ajai
Tempat Ke 2 - Idola - Azlan & The Typewritter, Audi Mok
Juara - Terukir Di Bintang - Yuna
Sememangnya saya jarang terlepas
menonton AJL sejak 1987 lagi kerana anugerah ini mengiktiraf para komposer,
penulis lirik dan penyanyi diatas hasil karya mereka. Cuma semasa remaja saya akan terpaku di depan
kaca TV sehingga tamat acara tetapi sejak usia menghampiri 40 ini saya menonton
sambil membuat kerja-kerja lain. Biasalah, dulu minatkan hiburan tapi sekarang
lebih kepada agama pula tetapi sedikit hiburan perlu jugak kan di dalam hidup
kita?
OK, berbalik kepada AJL 27,
persembahan dimulakan dengan tiga penyanyi OTAI iaitu Misha Omar, Ziana Zain
dan Faizal. Penampilan Misha memang daddy tunggu sebab dia sudah jarang keluar
TV sekarang. Selesai persembahan pembukaan, maka lagu pertama diperdengarkan
iaitu ‘Ombak Rindu’ diikuti oleh ‘Patah Seribu’. Persembahan pada malam itu
diakhiri oleh ‘Aku Anak Kampung.’ Secara keseluruhannya semua persembahan dan
mutu vokal artis-artis yang bertanding amatlah memuaskan. Sementara menunggu
keputusan diumumkan, penonton dihiburkan oleh penyanyi lama seperti Rahmat
Mega, Joey BPR, Ramli Sarip dan lain-lain.
Tentang keputusan pula saya tak berani
nak komen lebih-lebih sebab saya bukannya pakar dalam bidang muzik ni. Cuma saya
rasa kategori persembahan terbaik janganlah diadili menerusi undian SMS kerana
penonton-penonton belum cukup bersedia dan arif untuk memilih yang terbaik. Ini
AJL, bukannya AF! Saya rasa pelik juga kerana untuk tahun kedua, lagu terbaik di
AIM tidak menjadi lagu terbaik di AJL. Tahun lepas, ‘Sedetik Lebih’ tewas
kepada ‘Awan Nano’ manakala tahun ini ‘Patah Seribu’ kecundang ditangan ‘Terukir
di Bintang’. Mungin pihak juri gemarkan lagu yang simple dan ‘catchy’ untuk
dinobatkan sebagai juara. Mengenai mutu vokal Hafiz memang tidak dapat
disangkal lagi sehinggakan Ibu Hetty Koes Endang memberikan ‘standing ovation’
kepadanya. 3 tahun berturut-turut menang woi! Hebat kau Fiz! Lepas ni kau
pergilah ke Asian Wave di Shanghai dan
Performing Arts New York. Cipta nama di
luar negara pula...
Akhir sekali AJL kekal sebagai majlis
yang memartabatkan lagu-lagu ciptaan tempatan agar lebih banyak lagu-lagu
bermutu dihasilkan pada masa depan untuk menjadi halwa telinga kita semua.
24 Comments
suka Ramli Sarip-Kamelia...dan geng rock kapak..terangkat..!!
ReplyDeletememanglah kita org lama minat set2 otai tu..penyanyi yg muda2 ni sy x ikuti perkembangan sgt...
Deletewan tak tengok pulak AJL.
ReplyDeletedengar dari bilik je.
hehehe.
tapi wan paling layan lagu rock kapak.
dgr dari bilik je ke? kalau bukak hot fm meme ada live tau.. rock kapak ni buatkan abe teringat zaman persekolahan...
Deletesuka lagu ku akui lagi.
ReplyDeletedengar banyak kali pun tak puas..huhu
abe kurang minat lagu ni tp selepas juara lagu terus cari n d/load dari 4shared!
DeleteSalam
ReplyDeleteSaya minat dengan lagu persembahan ramli sarip. Lagu kamelia
eh!samalah kita..saya suka lagu2 rock kapak tu....rahmat mega, joey brp dll..
DeleteSayangnya kakak dah berminat sangat so kakak tak tengok pun malam itu.
ReplyDeletex apalah kalau akak x sempat tengok. maybe akak buleh tonton di youtube dsb.
Deletexsempat nk tengok ritu.. huu.
ReplyDeletex pe dik...boleh tengok di tonton.com.my or youtube..
Deletex tengok AJL.. hehe
ReplyDeleteNape x tengok? x minat ke?
Deletesaya suka ramli sarip papa rock terbaik...........
ReplyDeletetepat sekali tu! makin tua makin berisi....
Deleteapapun semua dah buat yg terbaik...
ReplyDeletesemua terbaik cuma Yuna yang lebih bernasib baik...
DeleteJuara lagupun berminat juga? Tak adaah ruang masa duduk tak tahu apa nak buat sepeerti saya - juara lagu tidak, bola pun tidak. Sudah terlambat hendak semaikan benih minat!
ReplyDeleteSalam hormat
Salam Pakcik Manar..masa remaja minatlah AJL ni..tp bila dah tua ni dah pudar minatnya. byk masa dihabiskan utk keja n keluarga..
Deletebagi cik en yg paling terbiak yg last seklai.. otai2 tu nyanyi
ReplyDeleteEh! Samalah kita..berjiwa retro!
DeleteKurang umpph la AJL sekarang sebab Siti xmasuk. Saya tengok pon gitu-gitu je. Siti, tolong la kembali!!
ReplyDeletesiti nak bagi peluang kpd org lain la..cukup2lah ct menang anugerah..
DeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.