Jom pakat ambil dividen dan bonus ASB!
Semasa pulang dari sekolah tadi aku sempat memerhatikan bilangan kereta yang banyak di sepanjang Pejabat Pos Tanah Merah. Oh! Barulah aku perasan kerana bermula hari ini orang ramai boleh menyemak dan mengeluarkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera. Berduyun-duyun orang dari segenap rantau daerah ini datang ke pejabat pos, Maybank, CIMB dan RHB bagi melakukan aktiviti ini. Aku rasa mereka ialah orang-orang miskin yang mendapat bantuan modal pokok untuk menabung di dalam ASB dan mereka yang meminjam dari bank semata-mata untuk melabur di dalam skim ASB ini. Mereka hanya boleh mengeluarkan dividen tetapi tidak modalnya. Bagi aku yang menabung sekali-sekala rasanya tak perlu bersesak-sesak di pejabat pos kerana duit tu memang ada. Tak hilang ke mana-mana pun. Banyak sumber kewangan lain yang boleh aku cari. Biasanya aku pergi memeriksa baki buku ASB kami sekeluarga pada bulan Februari iaitu apabila keadaan traffik di bank dan pejabat pos sudah normal.
Jadi kepada kawan-kawan yang terdesak menggunakan duit maka cepat-cepatlah pergi ambik dividen ASB sebelum duit itu kehabisan! Pada tahun 2012, dividen dan bonus untuk ASB ialah 6.75% dan 1.15% manakala dividen ASN pula pada kadar 6.30%. Bagi aku duit bonus bulan Disember lalu pun belum habis. Yang bulan Januari ni pun akan dapat sebelum Maulidurrasul. Menabunglah agar kita tidak sengsara dikemudian hari...
25 Comments
Saya pon simpan gak kat ASB ni abe.. baru je jinak-jinak simpan.. adala sikit dlm tu.. huhu minggu depan kot g check. abe nnyk duit.. belanja la saya.. wink wink
ReplyDeletewahhh... masyuuuukkkk.. boleh belanja la ni... hehehehe
ReplyDeleteBagus tu...kalu nak minta abe belanja kena dtg Kelate la..
ReplyDelete@Papa Blogger: boleh je abg belanja u makan tomyam di sini. Kalau di Kelate ni meme org ramai dtg sbb nak makan n membeli-belah!
ReplyDeletenak datang sana tapi tak tahu lg bile.. dah banyak kali perancangan nak g kelate, tp tiap kali nak gerak, kompom tak jadi... huhuhuhu...
ReplyDeletedatang kl nanti roger la teman ye...
@Papa Blogger: InsyaAllah akhir thn ni sy nak gi la KL plak. Last pegi sana thn 2010. Huh! Kalau drive sendiri sure sesat punya..sedangkan dulu jln2 di KL tu la tempat abe merempit masa thn 91-97..
ReplyDeletetu la td punyalah ramai org kat bank :)
ReplyDeletetahniah, dah boleh pula ya di ambil..updated dulu..tengok kan...sama lah rasa nak reda kesesakan..ni..
ReplyDeleteperggghhhhh... lama sangat dah tu.. ingatkan nak datang hujung bulan ni, rupenye hujung tahun.... haahahha...
ReplyDeletetakpe, kalau datang sini roger roger la kawe....
Dah ambil pun..
ReplyDeleteoklah tu ade rezeki sikit2 buat cover duit2 yg kuar ujung2 taun ni
ReplyDeleteSA x banyak simpanan kat ASB..tp kena jugak menyimpan kan?segan plak nak pi kemaskini
ReplyDeletealah..sikit2 lama2 jadi bukit kan? menyimpan utk hari tua n waktu kecemasan..
DeleteTapi ada fatwa mengatakan ASB haram kan?Cuma tak semua negeri..Yang saya tahu negeri Selangor..
ReplyDeletesaya berpegang kpd hukum yg mengatakannya harus..
Deletex check pun lagi.. insyaallah tggu gaji bulan satu baru tambah sambil semak dividen tahun lps.. hehe
ReplyDeletebagus tu idea u..slmt berbelanja dgn berhemah!
Deletebaru jumaat lalu ke kaunter update.masih tau sesak padahal jam 3.00 ptg
ReplyDeletecongrats!
Delete@belalang: tul tu..hampir semua bank n pej pos di malaysia ni penuh..
ReplyDelete@Etuza: tahniah sbb berjaya ambik dividen ASB dlm kesesakan..
ReplyDelete@PaPa Blogger: InsyaAllah, kalau abe gi KL abe akn call demo..
ReplyDelete@Hanif Idrus: syukur..ada gak duit lebih utk belanja famili kan?
ReplyDelete@Kesuma Angsana: memanglah bagus ada dividen ni..byk duit abis utk persekolahan anak2 n saya sendiri..
ReplyDeletewahhh timo kasih!!
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.