Sudah menjadi lumrah, kebanyakan kita, kaum lelaki akan mendapati perut kita bertambah buncit selepas mendirikan rumah tangga. Antara faktor fenomena ini ialah isteri-isteri kita pandai memasak makanan yang lazat. Kesannya, perut kita semakin maju ke depan seiring dengan pertambahan usia. Pertanyaan daddy sekarang, adakah perut anda mirip salah satu bentuk yang dimiliki oleh model-model di bawah ini? Daddy harus mengakui yang perut Daddy pun memboroi seperti bentuk 'buncit'. Bukannya daddy tak nak meratakan perut tapi belum ada kesempatan kerana kesibukan dengan tugas dan tuntutan kerja. 

Tetapi Daddy mengidam benar untuk mendapatkan bentuk perut seperti model di bawah ini. Rasanya semasa belajar di UM sekitar awal ke pertengahan 90an dulu, perut daddy sebijik macam dia. Ini hasilnya kerana Daddy mengamalkan triathlon pada waktu petang. Dari kolej kediaman 7 daddy akan berbasikal ke padang bola. Lepas tu daddy akan jogging 3 pusingan padang sebelum menghabiskan sesi pada petang itu di kolam renang UM dengan membuat beberapa 'laps'. Tapi itu sudah menjadi sejarah kerana di Kelantan ni tak ada kolam renang. Tapi sebenarnya ini tidak sepatutnya dijadikan alasan. 


Baiklah, untuk kawan-kawan di luar sana, teruskan usaha gigih kalian untuk mengempiskan perut itu. Yakin Boleh! Rakan Muda. 

P.S. Maklumat lanjut sesi pengempisan perut boleh dilayari di www.menskincentre.com.my.