Sambutan Hari Lahir Lili di KFC
Lili sedang menunjukkan isyarat 'peace' kepada Daddy sebab tunaikan hasratnya.
Anak keduaku, Nur Alis Dalili sudah genap 7 tahun pada 17 Januari lalu. Jadi dia menuntut pelbagai hadiah sempena hari penting dalam hidupnya itu. Pertama sekali dia inginkan sebuah basikal. Lalu aku kata bila dapat duit bantuan murid sekolah RM100 tu maka aku aku akan beli la basikal tu. Kakak dia yang di Tahun 4 juga nak satu. Tak apalah, sekali-sekala aku belikan mereka basikal.
Pada petang hari lahirnya aku membelikan sekotak pensil warna jenama Stabilo kepadanya dan terus pesan agar dia tidak membawa benda itu ke sekolah sebab takut hilang. Biasalah budak-budak tidak tahu menjaga barang-barang.
Kemudian pada malamnya aku dan anak-anak serta keluarga kakakku pergi ke restoran KFC di Machang, Kelantan untuk menikmati makan malam. Berselera sungguh kami makan sehingga 12 ketul ayam yg dipesan habis belaka. Sebenarnya aku jarang-jarang membawa mereka ke restoran makanan segera kerana ini bukannya tabiat makan yang bagus.
Cuma aku terkilan kerana 30 biji kek cawan coklat lembap yang aku pesan dengan rakan di SMK Sri Intan belum siap kerana anaknya yang pandai membuat kek itu masih berada di Seremban. Minggu depan baru dia akan hantar pesanan itu ke rumahku.
Sesungguhnya hari lahir Lili disambut secara sederhana selaras dengan hasrat kerajaan untuk berjimat-cermat dan membeli benda-benda yang perlu sahaja.
9 Comments
Ajak la g makan kenny rogers abe. KFC ni rasanya anak abe pon dah jemu makan. hehehe. xpe, ni tanda abe sayang anak abe kan.. untung la sapa yg daddy zuki sayang ni ek..
ReplyDeleteermm ciannyer kek xsampai.. xpe pnjg umur tahun depan sambut sama2 sekali..
p/s : abe, bday saya 6 january.. nak kaler gak leh? haha
ok. nanti la abe nak bawak mereka ke secret recipe di KB Mall. tq sbb puji abe..biar lambat asalkan sampai. lgpun kwn tu nak antar ke umah...special delivery gitu! ish! org tua x reti main kaler2 ni..ambik cat terus!
Deleteselamat hari lahir nur alis...sayangilah anak..
ReplyDeletethanks etuza. anak2lah bekalan kita di akhirat nanti jadi didiklah mereka sebaik mungkin...
DeletePlease wish Lili a happy belated birthday on my behalf hehe. Seronoknya dapat keluar beramai-ramai ni hehe....when I was a kid, going to KFC with my family would be the most anticipated event of the month but as I am growing older, rasa macam dah tak kisah dah semua tu hehe...rindu juga zaman semasa kecil.
ReplyDeleteSalam singgah from Azham Vsvc, an English language teacher to be insyaallah hehehe :)
yes, i have extended your birthday greetings to her. When I was at school back in the 80s, I hardly went to the only KFC outlet in Kelantan due to my family's financial constraint. Now I go there almost every month. Study smart, bro!
Deletewahhh! meriah deh..
ReplyDeletehappy birthday gitew.. hehehe
biasalah kan? setahun sekali sambut besday gitu!
Deletehappy birthday .. wah celebrate makan kfc ye
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.