Masakan kampung Kelantan
Negeri Kelantan memang terkenal dengan masakannya yang lazat yang boleh menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negeri bertamu ke sini. Rata-rata yang datang ke sini dengan tiga tujuan utama iaitu:
1. Membeli barangan murah keluaran Siam yang boleh didapati di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga.
2. Merasai kelazatan makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, ayam percik, nasi dagang, kuih akok, kuih lompat tikam dan sebagainya.
3. Melihat suasana dan cara hidup masyarakat Melayu dan Cina kampung di Kelantan.
Tetapi apa yang paling best ialah kelazatan makanan di sini yang menggamit pengunjung2 terus datang. Daripada resepi yang bertaraf tinggi seperti daging kerutuk dan ayam percik hinggalah kepada selera kampung seperti ikan singgang dan ikan bakar tawar cicah budu dan tempoyak semuanya lazat untuk dimakan. Saya sendiri yang diberi makan lauk-lauk kampung seperti di atas terus kekal membesar dengan sihat sebagai johan. Makanan kampung seperti diatas pasti dapat menambah selera makan kita dan tidak mustahil kita akan meminta nasi tambah.
Kini masakan kampung Kelantan tidak lagi terhad di negeri ini sendiri kerana di luar Kelantan juga ramai anak Kelantan yang menawarkan resepi berkenaan pada kadar yang berpatutan. Baru-baru ini saya menonton Malaysia Hari Ini di TV3 dan keluar cerita tentang Restoran Sri Ayu di Taman Sri Gombak yang menawarkan 100 jenis masakan Kelantan pada satu2 masa! Jadi sesiapa yang tinggal berdekatan bolehlah mencubanya bagi mengubati kerinduan kepada masakan asli Kelantan.
32 Comments
budu mesti ada...hehehe
ReplyDelete@Shaiful: meme la abe wei! Budu tu hidangan wajib atas meja..x dok budu x selera nok make!
ReplyDeleteterus saya rasa kelaparan. hehe
ReplyDelete@Zarif: kalu lapar jomlah makan cpt2. nanti masuk angin perut tu.
ReplyDeleteAduhh...kenalah ajak hubby ke Kelantan lagi. Jawabnya, Kelantan adalah negeri wajib kami setiap bulan lah nie.
ReplyDeleteKalau blk machang rumah mertua memang akan dihidangkan dgn lauk2 kg...feveret ejam ialah kerutuk daging...sedapnya..
ReplyDelete@Aziela: bagus tu! selalulah dtg ke Kelate sbb di sini byk keistimewaannya esp bab makan2! nanti hubby akak akan lebih maju ke depan!
ReplyDelete@ejam: kerutuk daging tu rendang versi kelate la..cuba kuih-muih yg pelbagai tu...lompat tikam, akok, gelembung buaya dll. pasti puas hati!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteNasi kerabu paling peberet...kena pula lauk daging bakar.
Budu juge tidak kurangnye... Kena pula dgn ikan bakar dan ulam jantung pisang, meleleh air liur...
haha,, tetiba lapar, walaupun resdung, tpi budu n petai tetap dihati (^___^)
ReplyDeletedah lama tak ke kelantan... last pergi dua tahun lepas, dpt makan nasi kerabu ayam bakar berempah... hmmm.... tak cukup satu bungkus :)
ReplyDeleteBest masakan Kelantan..rindu nak ke Kelantan lagi..
ReplyDeletehubby rara kalo dpt budu.pergghhhh 4 tambah.hehe
ReplyDeleteLama tak balik Kelantan. Suami tak dapat cuti. Suami saya orang Tumpat. Memang masakan sana tiada tandingannya, saya paling suka gulai ayamnya. Try buat, tak pernah rasa sama macam orang sana masak.
ReplyDelete@Bin Muhammad: Wow! x sangka ramai gak org luar kelate suka makan budu...ini perkembangan yg bagus!
ReplyDelete@trah zain: walau dok mana sekalipun, makane kelate tetap jadi pujaan hati kan?
ReplyDelete@deno: sekali-sekala makan byk apa salahnya...saja lepaskan geram..
ReplyDelete@CikPin: kalu nak dtg kelate royak la ko abe..
ReplyDelete@Cik Puan Rara: hubby asal kelate ko? daerah mana?
ReplyDelete@Yati: kena menuntut ilmu masakan dari mak mentua tu...
ReplyDeletewahhh...rindunya kat kg halamanku nan indah...kg gunung,bachok,kelate...
ReplyDeletemenu kelantan...kalau dibuat oleh org luar...rasanya tak sama mcm yg dibuat oleh org kelantan asli
makanan kelantan skrg ni boleh dikatakan ada kat setiap negeri. sy yg lahir kat besut ni mmg mmbesar dgn mknn kelantan..tp sy xmkn budu ,petai, jering dan tempoyak.heeeee
ReplyDeletealamak..petai and budu...peberet tu...
ReplyDelete@Kamsiah: meme la..kena air tangan orghe Kelate barulah jjadi masakan tu..
ReplyDelete@Kimi: rugilah x makan budu..
ReplyDelete@hayati: jom gi cari budu di KL!
ReplyDeletesaya suka budu sukat. buat makan dengan celor petai. budu kami di pahang panggil pede.
ReplyDeletetak berapa nak makan petai, tapi nampak ni macam sedap ja...masakan Melayu memang sedap...
ReplyDelete@izman: syukurlah budu sudah diterima di seluruh negara..
ReplyDelete@Etuza: di Keningau ada jual budu tak? masa sy mengajar di Papar dulu memang ada jual di pasar mini...cuma harganya mahal la sikit..
ReplyDeleteSedap ter...abe Kie...tmbh bule pose nih
ReplyDeleteBudu,petai sedap makan dengan nasi tengah panas-panas.fuhhh..menambah nasi 2x tau.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.