Pengumuman keputusan SPM 2012
Setelah berpanas di padang selama 3 hari saya pergi
ke PPD TM pada 21 Mac 2013 untuk mengambil keputusan SPM 2012. Sebagai
Setiausaha SPM inilah rutin tahunan saya yang perlu dilaksanakan. Saya pergi ke
sana dengan dua orang lagi guru, Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua.
Sampul slip keputusan SPM telah diserahkan oleh
Pegawai PPD kepada pengetua sekolah dan apabila dibuka kami semua terkejut
kerana sekolah kami jatuh ke tempat kelima di dalam PPD. Pada tahun lepas kami
jadi johan! Kami dapati 23 orang gagal Bahasa Melayu dan 61 orang gagal Bahasa Inggeris.
Berbeza pada tahun 2011 cuma 6 orang gagal BM. Cuma 27 orang mendapat A untuk
BM berbanding 93 pada tahun 2011. Peratus lulus untuk BI cuma 69% berbanding
74% pada tahun sebelumnya.
Pelajar terbaik ialah Alia yang memperolehi 7A, 2B
dan 1D. Kasihan sungguh sebab yang D itu ialah subjek Bahasa Inggeris! Aku rasa
dia telah mencuba sehabis baik cuma nasib tidak menyebelahinya. Lagi
menyedihkan aku ialah cuma 3 orang mendapat A untuk subjek BI. Nampaknya
ramalanku jauh tersasar.
Antara faktor kegagalan yang tinggi dalam subjek BM
dan BI ialah ketidakhadiran berpanjangan murid-murid di kelas akhir. Apabila
mereka ponteng sekolah maka banyak benda yang mereka tidak tahu. Ada juga
murid-murid yang buta huruf. Jadi subjek-subjek yang memerlukan pembacaan dan
penghafalan seperti Pendidikan Islam, Tassawur Islam, Sejarah dan Sastera
Melayu mencatat peratus gagal yang tinggi.
Para guru telah mencuba yang terbaik dalam mendidik
calon-calon SPM 2012 tapi kami tidak memiliki kuasa ajaib untuk memastikan
semua calon lulus dengan cemerlang kerana murid-murid kami datang dari pelbagai
latar belakang dan kemampuan kognitif. Apa-apa pun kami berdoa agar calon-calon
SPM 2013 akan mengangkat kembali martabat DMPR2 ke tahap tertinggi. InsyaAllah.
6 Comments
Mari join sini. ^^ Best!!
ReplyDeletehttp://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/giveaway-topup-pearlcholic-birthday-by.html
Thanks!!
I do not believe that absence from class nearer to the exam time can be the reason for poor results in English. I am not a trained a teacher but I think I know what needs doing for English. I certainly would love to share what I know but it will have to be by face to face with those concerned.
ReplyDelete@Meyra: Thanks for the invitation.
ReplyDelete@Al-Manar: I will ask my principal to invite you to my school and give a motivational to my fifth formers. I hope it works...Thanks, uncle.
ReplyDeletetahniah kepada yg berjaya
ReplyDeleteBetul tu, bila tidak hadir kelas, mmg banyak pelajaran keciciran yg mnybbkn prestasi periksa merosot. Risau juga ni, thn ni sy handle djh 5 yg bakal menghadapi peperiksaan UPKK di SRA ni. Moga sama2 berjaya kita mendidik pelajar dibidang masing2 :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.