PESANAN UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL
Salam kepada semua kawan blogger. Di sini Daddy Zuki ingin memberikan sedikit pesanan kepada semua penunggang motosikal sama ada yang ada lesen atau pun tidak tentang etika ketika menunggang motor masing2. Sila baca dengan teliti dan amalkan. OK? I love U all!
1. Jangan ber SMS semasa menunggang - membahayakan anda dan menyusahkan orang lain.
2. Jangan merokok semasa menunggang - habuk rokok ko pernah masuk mata aku, pedih woooo...
3. Jangan berteduh daripada hujan didalam terowong laluan sikal - selalu kacau aku nak konar baring
4. Jangan berhenti kencing ikut suka ati ko jer - peliharalah malu anda
5. Jika memboncengkan awek, jangan raba meraba atas motor - ni pesan khas utk geng yg selalu pakai jaket terbalik tu. jika awek anda duduk dibelakang, pastikan tangan beliau di parking dengan betul. Perbuatan anda ini boleh menyebabkan orang dibelakang tidak memotong dan seterusnya jadik jem giler..
6. Jika sedang memakai kain pelekat dan menunggang RXZ, pastikan kain tersebut telah ditindih secukupnya sebelum memulas minyak - pernah sekali tu sorang pakcik ni buat show, biru adik beliau nampaknya
7. Jika berhenti dibawah jambatan kerana hujan, tinggal motor anda di tepi jalan dan bawalah diri anda sahaja berteduh, jangan duduk atas motor. - bahaya woo, dah 2 orang kawan aku takdan raya kerana dirempuh kereta lain yang tak perasan
8. Jangan membuat wheeli semasa jalan jem - free jer kena sumpah
9. Jangan parking motor betul-betul kat depan pintu masuk masjid pada hari jumaat - pikirkan orang lain sama la wooiii... lepas sembahyang jumaat tu, berasak-asak orang nak keluar, apahal lak ko gi parking motor ko menghalang jalan. Nak kena toreh tayar ker?
10. Sentiasa bawak duit sekurang-kurangnya rm25, tarak kalu, tayar pancit kalu sendiri mahu ingat
11. Jika anda aweks, jangan la pakai seksi sangat semasa menunggang motosikal - kasihani mereka yang belum mampu tu.. aku pun kekadang tak sampai hati nak potong awek-awek seksi ni... biar la aku ikut jer kat belakang mereka
12. Jangan cilok sana, cilok sini - shukcaya marah krana menyusahkan orang bawak keta, aku tambah - sedar diri, awak tu motor, kena himpit karang, kalu keta, calar jer, kalu motor ...haaa boleh jadik arwah oooo...
13. Lalu dekat kawasan rumah orang malam2 jangan perah minyak korang macam orang lain pekak...ada yang kena baling ngan botol atau tong sampah..please take note. aku tambah, jangan ingat ko jer gengster tau...
14. kalo bwk motor tu dan ada space kt tepi jln tu sila-silalah memandu di tepi tu yer. jgn nak bwk slow2 tgh2 lane. anda kecik je dimata pemandu kenderaan lain dari kete kancil smpi la ke lori treler 18 tayar. cakap nanti kene lenyek kang marah. dan berpada2 la bawak motor tu. Aku tambah - sayangilah motor anda kalau pun anda tak sayangkan diri anda.. kalu kebetulan aku lalu situ, sapa susah? aku gak susah nak kena tolong angkat..
15. jangan dok belah ekjos, asyik memekakkkkkkkkkkkkk jerlah , aku tambah - ko ingat best sangat bunyi ekjos ko yang memekak tu, kalu time sakit gigi, memang aku kasi lastik ko ??
16. Pastikan semua lampu depan dan belakang sumer nyaler - aku tambah - kita tak langgar orang, orang pulak langgar kita.. jadi pastikan kita sentiasa boleh dilihat..
17. Jgn la langgar lecak..nnti kena aku kt sebelah tgk bwk moto ni..busuk n kotor tau x... aku tambah - korang tak tahu berapa dalam lubang dalam lecak tu, jadik cubalah elakkan SELEPAS tengok kiri kanan dan belakang, bukan cilok terus masuk jer..
18. Jangan meludah semasa bawak motor terutama kalau dok mengunyah sirih. Aku penah kena..abis baju aku ngan motor aku . aku tambah - brengsek luu mamat..
19. Pakai jaket yang berwarna terang, jangan lupa kasi signal sebelum membelok atau berhenti, hormat-menghormati sesama pengguna jalanraya yang lain... aku tambah - kita semua bayar roadtax tauuuu....
20. Jangan mengasapkan ekzos, peliharalah alam sekitar, muka dan lubang hidung orang lain. aku tambah - ko nak banyak asap, gi la keja dengan jabatan kesihatan, hari-hari buleh buat fogging..
21. Sentiasa check spocket, rantai dan brek anda, pastikan tensi nye okey. - aku tambah, jangan sampai ko kena brek pakai kaki plak
22. Pakaila helmet yang berkualiti skt..jgnla pakai helmet cap ayam, aku tambah -jangan lupa ikat talinya. kita pakai helmet untuk keselamatan diri sendiri BUKANNYA sebab takut polis atau JPJ
23. Parking d tempat yg sepatutnye. Janganlah parking kat tempat keta pulak ye - aku tambah - sedor la diri ko tu yop..
24. kalo bw moto, esspecially berdua (sorg satu moto), jgn la dok bersembang tgh2 jln....kalo korg nk brborak, benti la kat kedai kopi...g borak2 sapai runtuh kedai kopi tu...da la block jln aku, pastu g bw moto bersaing...ape? ?ko ingt ko ade share ke wat jln tu...kang aku sodok dr blkg br taw (xpsl2 tuduh sodomi plak)...wakakaka
25. kepada penunggang2 motor (utk jarak jauh), pastikan korang bwk tiub spare, pump, spanar serta pembuka tayar utk mengelakkan anda ditemani mak lampir ketika tiub anda bocor diatas highway....
26. jangan bawak slow di line paling kanan sewaktu jammed sebab penunggang moto blkg nak potong susah.. Guna line kiri... Contoh di jalan kucing tiap2 pagi..
27. pastikan anda memasang disk brek dpn..kalo xde gi kedai motor suh dia pasang....kalo ko pakai brek drum tu, alamatnya sekilo baru la motor ko berhenti @ motor ko dihentikan oleh kenderaan lain ketika emergency break berlaku
28. Kalo nak nyelit antara kete masa tgh jem tu, bwk la slow2.... nt x psl2 jd cam aku langgar side mirror org smp terkulai - aku tambah - pastu pandai plak buat muka tak bersalah
29. jgn polish seat, nt brek tercampak kedepan.. pgg kuat2 kat handle tu..oki punyer.. - aku tambah - pastikan kedua-dua tangan berada di handle ketika membrek
30. kalau ade orang macam nak melintas, cepat2 slowkan motor, boleh jadi orang tu gila dan selamba melintas walau dah nampak kita laju.. - aku tambah - walapun dia tu guru silat yang ada ilmu kebal
31. lagi satu jangan suka tail-gating especially atas highway
32. jangan tekan "horn" betul2 sebelah orang, especially "horn" yg dah dimodified supaya jadi kuat. kalau terperanjat boleh jatuh tu, tak pun mati heart attack terus kalau ade sakit jantung. - aku tambah - nanti tak pepasal jer ko dituduh membunuh tanpa niat
33. kepada penunggang dan juga pembonceng tolonglah, tolong jgn berbual2 sesama sendiri semasa anda di jln raya..kalau penting sgt nak kena ckp gak ni, tlg berhenti kat tepi jalan...bila anda berbual sambil memandu fokus anda lari..jadi bl fokus anda dah lari anda xkan sedar anda dimana..huhu - aku tambah - penting sangat ke ko ni sampai ko kena berbual sambil naik motor.
34. kalo masa jalan jem tolong laa bawa motor di sebelah laluan kiri (untuk yg kurang konfiden) sebab anda akan menyebabkan motor2 lain jem sama kalo ikut lorong kanan - aku tambah - sedor lah diri kita weh
35. sentiasa pasang side mirror kiri dan kanan (supaya anda tak perlu menoleh ke belakang untuk menukar lorong dan juga untuk memastikan jarak motosikal anda selamat dr kenderaan laju di belakang -aku tambah - side mirror tu bukan untuk kegunaan bersikat rambut atau bergincu
36. belilah baju hujan..paling cikai pun givi punya....nt xde la korang dok bermesyuarat kat bwh jambatan time hujan....
p/s: jgn beli yg baju hujan kuning tu.....kang x psl2 ada org offer ko berlakon cite dark water 4.....
3 Comments
saya setuju bab meludah dengan rokok tu....selalu sangat terkena...haih.... :)
ReplyDeletepergh!!!! byk nya pesanan..... kena ingat semua mat motor tau!!!!
ReplyDeletekena bertimbang rasa di jalan raya ...ingat kemalangan bila2 berlaku...jika tak jaga keselamatan...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.