Budu Rahsia Awet Muda
Sebut saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Kelantan. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara.
Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imuniti) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser. Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.
Jika anda impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas sekali gus menghalang proses penuaan.
Eksklusif di I ♥ KELANTAN.
3 Comments
testing
ReplyDeleteHmmm sedap tu..hari2 mkn xpo..Tgk dlm rancangan jalan2 cari makan..iqram dinzly mkn sedap jer
ReplyDeletewan: meme la sedap. org luar kelate kena cuba..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.