Petua Menawan Hati Suami
Salam kepada semua kawan blogger. Di sini Daddy ingin berkongsi tip dengan golongan wanita tentang petua untuk menawan hati suami masing-masing. Sila amalkan dan Daddy berharap semuanya ini berkesan untuk menambat hati suami anda. Tak dapat buat semua pun tak apa, janji ada usaha ke arah menambah kasih sayang sesama pasangan. Good luck to all of you out there!
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa
menyayangi kita.
2. Bila suami balik dari kerja, tegur
dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan
bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (jika suami
dalam mood yang sesuai)
4. Belajar dan berlatihlah untuk
mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai
masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6. Ruangkan masa yang betul-betul
"berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak
ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut
sebagai cenderahati atau untuk memujuk. Masak resepi ibu mertua (kegemaran
suami) sekali-sekala.
8. Beri pujian terhadap penampilan
suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya)
9. Cepat-cepat pujuk bila suami marah
atau berkecil hati.
10. Minta bantuan suami hanya jika sesuai.
sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
11. Elakkan suami dari menunggu terlalu
lama terutama bila bersiap.
12. Bila suami memberitahu yang dia akan
pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu
dari tidak beritahu langsung )
13. Bila suami meminta bantuan, buatlah
dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau
banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian)
14. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik
pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
15. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk.
Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan.
Jangan sesekali salahkan suami.
16. Bila suami bercakap, beri perhatian
sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh)
17. Bila ingin memesan barang untuk dibeli
oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke
kedai 2 atau 3 kali.
18. Tanya suami bila dia ingin berehat
atau tidur.
19. Peluk suami dengan penuh kasih sayang
sebanyak 7 kali sehari.
20. Telefon suami di tempat kerja hanya
apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih
kerap apabila suami menggalakkannya.
21. Jika suami perlu menjauhkan diri
sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian
utk berfikir.
22. Jangan ganggu suami ketika dia sedang
asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
23. Jika suami marah, jangan sekali-kali
menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan
keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
24. Bila meminta bantuan suami : terangkan
pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri
pilihan kerja yang disukainya.
25. Jangan menyuruh-nyuruh gunakan
perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah
apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma
terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi
sebelum tidur bersama.
28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya
berbeza dgn org lain.
29. Peluk dan belai suami sekali-sekala
tanpa implikasi seksual.
30. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu
suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita
sendiri boleh memandu dgn baik.). Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan
selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah
jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita
atau masalah suami.
32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen
bila menonton bersama suami.
33. Jaga maruah suami terutama di khalayak
ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan
semasa berdua-duaan.
34. Bila berpegangan tangan, peganglah
sebagaimana yg disukai suami.
35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa
diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau "
Abang nak minum ke?"
36. Bila makan diluar, berilah peluang
pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
37. Tanyakan pada suami bagaimana kita
perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan
jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
39. Sentiasa lebihkan suami daripada
anak-anak. (jika sesuai)
40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari
semasa-kesemasa: - tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
41. Tolong suami buat kerja dia di rumah.-
cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
42. Beri layanan istimewa pada suami di
hari-hari istimewa.
43. Pergi " dating" atau "
berbulan madu" sekali sekala.
44. Jika suami melakukan kesalahan /
kesilapan, jangan sesekali menempelak atau " pulangkan paku buah keras
".
45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari
istimewa.
46. Urut mengurut suami dari semasa ke
semasa
47. Layan suami sepertimana kita
melayannya semasa baru2 kenal.
1 Comments
bagus juga ini tips nya
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.