10 KELEBIHAN COCA COLA?
"Setiap
hari Selasa dan Rabu Abe Kie mesti minum air coke nie selepas training triathlon di Universiti Malaya kira-kira 20 tahun yang lampau. Memang
sedap air ni. Sedap giler! Kawan-kawan pun mesti ade yg suke air ni. Sama ada
kawan2 tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x
disangka-sangka. Abe Kie dpt bende ni dari emel yg member Abe Kie bagi. Apa lagi!!
"Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh
ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam
kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke
untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam
pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau
Polis Lebuhraya, Adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian
ini :
1.
Masukkan tulang ke dalam satu mangkuk yang diisi Coke. Ia akan hancur atau hilang
sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk
mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam
dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric
asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah
habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk
menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome: Lap bumper dengan
aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk
menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta:
Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk
melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru
tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk
menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke ke dalam
mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti
hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin
kereta anda berdebu/kotor/ melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti
bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana
ianya amat mahal!
8. Bahan
aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan
sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid
tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan
yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila
lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa
Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan
Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: Bahaya". Lori tangki itu
juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda
amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9. Para
pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
10.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh
dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.
1 Comments
rabia tak minum coca cola
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.