Aktiviti Semasa Cuti Sekolah
Para guru berasa
amat bertuah kerana memiliki cuti yang lebih banyak berbanding dengan
kakitangan awam yang lain kerana dalam setahun kami mendapat cuti persekolahan
selama 11 minggu. Selain daripada itu kami layak memohon cuti rehat khas (CRK)
sehingga 7 hari dalam setahun sekiranya ada keperluan mendesak seperi
menghantar ibubapa ke hospital, menghantar anak-anak ke IPTA atau pun cuma mahu
berehat di rumah.
Meskipun kami
memperolehi cuti yang panjang, ini tidak bermakna kami tidak bekerja sepanjang
cuti tersebut. Kerja tetap jalan cuma kami tidak perlu memakai pakaian rasmi
bekerja dan pergi ke sekolah. Berikut adalah tugas Daddy semasa cuti sekolah
yang hampir sampai ke penghujungnya ini.
1. Memeriksa
skrip jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ini ialah tugas yang paling sukar
dan menuntut banyak masa, tumpuan dan perahan otak dari para cikgu. Biasanya
Daddy menanda kertas jawapan kelas yang lemah dahulu, barulah beransur-ansur
menyemak kelas yang pandai. Ini bagi melajukan operasi menyemak.
2. Mengadakan
kelas tambahan. Semua sekolah di Malaysia mengadakan kelas tambahan semasa
cuti, tidak terkecuali sekolah Daddy. Cuma syukurlah kelas tambahan ini
diadakan secara rasmi pada minggu kedua cuti biarpun ada guru-guru yang memaksa
murid2 mereka datang pada minggu pertama. Kelas tambahan malam ditangguhkan
kerana guru-guru pun perlu juga berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Di sekolah Daddy, kelas tambahan masa cuti diadakan pada sebelah pagi sahaja
selama 4 jam.
3. Menghadiri
majlis kenduri. Sudah semestinya ramai pengantin baru mengambil kesempatan
untuk mengadakan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah kerana bagi
memudahkan kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai menghadirinya.
Jalanraya menghubungkan bandar-bandar di Kelantan penuh sesak dengan kenderaan
yang ingin ke majlis kenduri. Pada 1 Jun lalu Daddy terperangkap dalam
kesesakan jalanraya dari Machang ke Tanah Merah. Sesak teruk macam musim raya
plak! Huh! Ramai sungguh orang nak mula mengawan musim cuti sekolah ini.
Siaplah setahun dari sekarang dewan-dewan bersalin dipenuhi dengan bakal-bakal
ibu muda yang pertama kali nak bersalin!
4. Mengemas
rumah. Pada hari persekolahan Daddy tidak sempat nak mengemas rumah. Maka pada
musim cuti ni Daddy akan membersihkan rumah, membuang segala barang lama yang
tidak diperlukan seperti pakaian lama dan membeli stok baru makanan dan
peralatan kegunaan harian.
5. Menjahit
butang kemeja yang hampir tertanggal. Daddy dapati ada kemeja yang sudah hampur
tertanggal butangnya maka operasi menjahit butang-butang itu perlu dilakukan
segera. Seganlah pulak jika pakai kemeja tak ada butang. Kerja menjahit butang
baju ni boleh dilakukan semasa menonton TV juga. Kan jimat masa? Sekarang ni
kita kena bijak membuat multi-tasking, kan?
Akhir sekali itulah antara aktiviti yang Daddy lakukan semasa cuti sekolah ini. Akhir kata selamat kembali ke sekolah dan meneruskan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Sekian.
20 Comments
11 minggu ye? Lama tu. Hehe...
ReplyDeleteAmin: 11 minggu dlm setahun
ReplyDeletewaaa, banyak kerja juga tu abe kie.. nama je cuti..tapi tetap ada tugas secara tak formalnya kan.. =)
ReplyDeletetugas hakiki terus dijalankan walaupun bercuti.
ReplyDelete11 minggu bestnya. Tapi selalu juga saya dengar cikgu2 merungut terpaksa pergi krusus time cuti sekolah.
ReplyDeleteMimie: meme byk pun..ni tinggal 3 compositions lag nak tanda...sebelum solat jumaat hari ini abe kie merdeka@ Syukur..
ReplyDeleteShaiful: tepat sekali tu...once a teacher, forever a teacher..
ReplyDeleteJunAina: bg saya cuti akhir thn je yg best sbb x perlu fikir ttg kerja lg sbb budak2 dah abis exam SPM. kalu cuti2 yg lain tetap kena kerja.
ReplyDeleteBegitulah nasib cikgu yg mengajar kelas peperiksaan..tak mcm guru lain yg blh cuti sakan..tp sir lg untung sb kelas mula mggu ke-2 n tiada kelas mlm.. saya kelas mlm berjln seperti biasa n tambahan full 2 minggu.. terpaksa ganti kwn2 yg gi umrah sekali.
ReplyDeletealwayz buzy.. but dont be sad.. just cheer alway.. ok.. =)
ReplyDeleteCik Gee: teruk betul GB sek u tu..dia tak faham jiwa cikgu2 ke? kita pun nak rehat n gi jln2 gak. nampaknya budak2 upsr lebih kuat dikerah belajar dari budak2 spm...
ReplyDeletetenku" tgh menceriakan dirilah ni. heheheh
ReplyDeleteTugas seorang guru nampak macam mudah, tp sebenarnya susah juga ya.
ReplyDeleteTeena: yes..org nampak cikgu kerja rasmi sekerat hari n cuti byk. sebenarnya guru keja 24 jam..
ReplyDeleteItulah hakikatnya..diluah mati mak..di telan mati bapa..tp kita bknnya robot.
ReplyDeleteCik Gee: sabar je lah. GB nak prestasi cemerlang dgn memerah keringat cikgu2..bila peratus exam naik dia yg dpt nama..kita hanya puashati aje. huhuhuhu
ReplyDelete11 minggu bestnya..seronok jd cikgu sbb bnyak cuti =)
ReplyDeletehmmm..ada betulnya cakap kak nah tu. tp biasanya masa cuti kami guru kena bekerja gak..ada kelas tambahan dll.
ReplyDeleteHaha...lawok bab butang tu abe kie..hihi
ReplyDelete@cikgu Naman: mana butang baju aku Pah?
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.