Bertukar kepada Maxis Portafi
Abe Kie sudah menggunakan Celcom broadband sejak 2008. Pada mulanya servisnya amat memuaskan berbanding broadband yang lain. tetapi sejak akhir2 ini servis berukband Celcom memang mengecewakan. Bila nak bertenet asyik merah aje lampunya. Terus x leh sambung. Ada gak Abe Kie menghubungi Celcom minta mereka refresh penggunaan data tu. Dapatlah bermain kejap. Tapi esoknya merah balik.
Akhirnya Abe Kie pergi ke Maxis Priority Dealer di Tanah Merah, Kelantan untuk mendaftar pakej Portable Modem Wifi (Portafi) pada 22 Jun lepas. Abe Kie ambil pakej RM68 sebulan dengan had penggunaan data 8GB. Sebelum daftar kena bayar yuran pengaktifan RM150 dimana RM50 tu akan dikreditkan kembali ke dalam akaun kita. Cuma RM100 tu kira harga modem portable wifi ini lah. Staff Maxis di situ buat demo cara nak sambung wifi. kaedah plug n play. Selepas staff tersebut key in data terus boleh guna. Senangnya! Wifi ini boleh menyokong 5 peranti serentak.
Bila balik ke rumah terus Abe Kie cuba online. Netbook Acer yang baru tu tak ada masalah nak detect signal wifi tapi netbook yang lama tu x dapat detect. Tak apa...nanti Abe Kie minta tolong staff berkenaan atau kawan-kawan di sekolah.
Jadi kawan-kawan jom bertukar kepada Maxis Portafi! Segala maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Maxis. Sekian. terima kasih.
16 Comments
Saya pun ada bercadang nak guna.. Sebab saya amat kecewa dengan umobile dan celcom di perumahan saya ni.
ReplyDeletesinggah sini. meh jemput review http://greenamila.blogspot.com/2013/06/cloth-pad-liner-cloth-diaper-by-snowdrop.html
ReplyDeletesetakat ni, masih belum mengalami masalah lagi dengan Celcom Broadband...cuma nak bertukar ke Porta Wifi jer... *_^
ReplyDeleteAmin: tukar jgn x tukar, deh!
ReplyDeleteGreen Amila: abe dah tinggalkan komen.
ReplyDeleteFarah: kalau byk peranti dlm umah tu bolehh la guna portawifi ni..
ReplyDeleteHahaha.. Padan muka celcom.. Sapa suruh slow sangat..
ReplyDeleteIsabel: tul tu...
ReplyDeleteoo baguslah kalau dah bertukar ke wifi potable maxis tu...lepas ni takderlah masaalah nak berblog lagi...
ReplyDeletesaya pernah guna bb umobile..sangat hampeh dan dorang tak layan pun kalau kita komplain tau. pastu kalau call, xnak angkat. bila nak gi terminate bb tu, dorg xnk bg tp suruh bayar utk dua bln..gile betul padahal xde sangkut pun bil.nampak sgt menipu..skang ni saya pakai unifi je...sangat berbaloi2
ReplyDeleteBunda: dgn portafi Maxis pun ada masalah gak. bila dah lebih kuota ia akan slow mcm siput khinzir gak!
ReplyDeleteAinim: bagus tu. kat Kelate ni blom ada unifi so guna streamyx atau berukband aje la. huhuhuhu...
ReplyDeletesetakat ni pakai tm streamyx je
ReplyDeleteThanks atas perkongsian pasal broadband ni. Saya masih dengan Celcom sejak 1998. Alhamdulillah, sampai sekarang tiada masalah. Mungkin signal di kawasan sedara tidak kuat jadi nak online pun buat sakit hati je. Baik bertukar ke internet provider yang boleh memuaskan hati pelanggannya.
ReplyDeleteYES FASTEST 4G Mobile Internet with Voice - Quota untuk sepanjang hari. Takan nak bangun 2 pagi guna internet? Takyah kerja ker? Speed pon sama untuk semua pelan, up to 20 Mbps. Takyah bayar lebih untuk top speed. Devices memang canggih. Satu account boleh guna untuk banyak devices, takyah banyak kontrak kalo banyak devices. Sign in same time kat tempat lain lain ngan akaun yg sama pon no problem :)
ReplyDeleteSelalu macam itu mula-mula ok lepas itu kurang memuaskan.
ReplyDeleteSekarang tahun 2023 pakai lagi ke?
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.