Berkelah di Pantai Morib
Pada hari keempat aku dan anak-anak berada di Putrajaya, kami merancang untuk berkelah ke Pantai Morib, Banting. Maka pada pada pagi hari Ahad itu abang iparku menghantar kami ke Alamanda kerana kawan saya, Wann, akan berjumpa kami di situ. Sesampai di sana, kami ronda-ronda di sekitar Alamanda dan akhirnya kami singgah di MPH kerana hendak membeli buku dan akhbar.
Selepas itu, Wann membawa kami ke Pantai Morib di Banting. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Pada hari itu kelihatan ramai orang di sana kerana ada acara mengayuh basikal tua anjuran pihak berkuasa tempatan. Selepas solat Zuhur di Masjid Morib kami bergerak ke pantai. Jelas sekali Pantai Morib sangat kotor dan tercemar. Lalat pun banyak. Kelihatan ombaknya hampir 1km dari pantai.
Kami makan meehoon goreng, keropok dan sate ikan. Dalam keadaan kurang selesa dengan tahap kebersihan kami terus makan kerana lapar. Selepas makan, kami bergambar di taman permainan pantai berkenaan sebagai kenangan.
Kemudian kami bergerak balik dan kali ini saya pula yang memandu. Hampir jam 5 petang kami singgah sekejap di rumah Wann kerana ingin menunaikan solat Asar. Wann menggoreng fun fries dan karipap sebagai minum petang bersama teh o panas.
Hampir jam 6.50 petang, kami bertolak balik dimana saya memandu kereta MyVi dengan Wann sebagai co-pilot. Maklumlah dia biasa dengan jalan di sini. Saya cuma pandu aje. Sekejap aje ke Sungai Merab Hulu melalui Putrajaya. Sesampai di rumah akak sudah pun jam 7.10pm. Wann tidak singgah kerana dia mahu pergi ke Masjid Besi untuk menghadiri ceramah Ustaz Zaharudin.
Saya dan anak-anak keletihan pada petang itu namun berasa puas kerana dapat sampai ke Pantai Morib yang saya dengar melalui penceritaan dan bacaan buku teks sekolah rendah dulu. Wallahualam.
6 Comments
bestnye ke pantai morib...sy x penah lagi ke sana..
ReplyDeletep/s: bg menjawab pertanyaan abe kie.. yer.. sy reti la jugak kecek kelate.. sbb mak mmg kecek kelate ngan anak2 dia.. hihi
best tu g bercuti..:)
ReplyDeleteayat last tu bacaan buku teks sekolah dulu.....memang popular pantai Morib ni dulu-dulu....
ReplyDeletedah lama tak pergi ke Morib...masa anak2 kecil dulu selalu gak pergi berkelah..
ReplyDeletebest....dah lama tak kelah kat sana,
ReplyDeletepantai morib dah cantik pas naik pembangunan
ReplyDeletehari tu singgah masa gi taman air situ
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.