Hari ketiga di Putrajaya
Pada hari ketiga ini kami memulakan perjalanan pada jam 10.30 pagi menuju ke Marina Putrajaya di mana Pameran Dinosour diadakan. Marina ini terletak bersebelahan Hotel Pullman dan berhadapan Kelab Bot (dekat Tasik Putrajaya). Bayaran masuk ke pameran ialah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Semua sekali RM50 yang kena bayar.
Bila masuk ke dalam dewan pameran tersebut kami melihat hampir 20 ekor dinosour yang dilengkapi dengan kesan cahaya dan bunyi. Ruang pameran tak la luas mana. Kami berada di situ hampir 30 minit. Selepas itu kami bergerak ke Kelab Bot. Ingatkan bot di situ boleh disewa untuk bersiar-siar tetapi kami diberitahu ianya hanya boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi dan sukan.
Kemudian kami bergerak ke Dataran Warisan untuk melihat Pesta Makan Buah. Konsepnya mudah: pilih, timbang, bayar dan makan. Tapi kami tak masuk ke bawah khemah tu. Cukuplah kami membeli buahan tempatan dan produk agrotani seperti nugget tempe, jagung manis, rempeyek dan sebagainya.
Selepas letih memilih buahan kami pun balik ke rumah. Sebelum sampai, kakak singgah sekejap di BB Bangi sebab anak-anakku nak beli berus gigi. Kami selamat sampai jam 3 petang. Alhamdulillah.
3 Comments
Assalamualaikum Abe Kie..
ReplyDeleteSelamat bercuti. Seronoknya dapat bawa family jalan-jalan..
seronokle anak2..
ReplyDeletesaya je belum sempat bawa anak bercuti,abe kie..
time cuti sekolah nie ler baru dapat jenjalan ek....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.