Bayar zakat wang simpanan secara atas talian
Assalamualaikum kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Umum sudah mengetahui akan kewajiban menunaikan Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Namun begitu ada di kalangan kita yang masih lalai dalam melaksanakannya termasuklah Abe Kie. Hmm...zakat fitrah memang dibayar setiap bulan Ramadan cuma zakat wang simpanan ini yang Abe Kie lewat sikit menunaikannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada masa sekarang ada pelbagai saluran untuk umat Islam menunaikan zakat harta benda, emas, perniagaan dan sebagainya seperti kaedah potongan gaji, bayaran tunai, cek, kad kredit atau debit dan bayaran terus kepada asnaf yang lapan. Tapi Abe Kie memilih kaedah bayaran secara online menggunakan kad kredit di laman web Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan kerana ia amat mudah.
Sebelum pembayaran zakat dilakukan, Abe Kie mengira kesemua baki terkini wang simpanan Abe Kie dan anak-anak kecuali di Tabung Haji. Apabila jelas sudah cukup haul dan nisabnya maka pengiraan zakat wang simpanan sebanyak 2.5% dilakukan. Bagi tahun kewangan 2013 jumlah zakat yang dikenakan ialah RM739.09. Tak banyak kan jika dibahagikan kepada 12 bulan....
Pembayaran melalui atas talian ini selamat kerana pihak bank akan menghantar TAC ke telefon bimbit kita. Jadi hanya kita yang berhak membuat bayaran. Selepas bayaran dijelaskan, pastikan anda mencetak resit pembayaran itu dan simpan di dalam komputer. Macam Abe Kie lebih suka buat back up di Dropbox. Just in case anything happens, right?
Ayuh kawan-kawan bloggerku yang dihormati sekalian, tunaikan zakat anda sebelum terlambat kerana zakat itu dapat menyucikan harta kita agar ianya lebih berkat. The more we give, the more we get back, right? In sha Allah.
25 Comments
Wah!! Alhamdulillah urusan mudah.... pkembangan tknologi sangat mmbantu..
ReplyDeleteDah lakukan melalui potongan gaji. Semoga rezeki berkat dan dimurahkan... :)
ReplyDeletezman dah semakin canggih..semuanya mudah..
ReplyDeletezman dah semakin canggih..semuanya mudah..
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah buat..melalui potongan gaji bulanan..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. this way is much easier :)
ReplyDeleteAlhamdulillah....
ReplyDeleteKakak sekeluarga punya haul simpanan kami jatuh pada bulan ramadhan jadi senang biasa zakat harta/simpanan kami bayar masa bulan ramadhan.. tapi kakak belum pernah guna online.
ReplyDeletealhamdulillah..good sharing..
ReplyDeletesekarang tiada alasan untuk tidak membayar zakat kan abe..dah mudah semuanya..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga lebih memudahkan kita semua utk menegakkan tuntutan rukun Islam ke 4 ni.. t kasih diatas perkongsian Abe Kie.. :)
ReplyDeleteterbaik ....
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan... zakat menyucikan harta...
ReplyDeletekita pun guna online AK..senang!!!
ReplyDeleteterima kasih diatas peringatan ini Abe Kie
ReplyDeletethanks kongsi info ini...
ReplyDeleteAlhamdulillah abe Kie.. senang kan kalau apa2 urusan termasuk zakat pun dibayar online.. semuanya dihujung jari.. heee
ReplyDeleteAs-Salam;
ReplyDeleteAl-hamdulillah Abe Kie dapat mnyempurnakan Rukun Islam yang ke-4. Walaupun kini perkembangan teknologi semakin canggih, saya tetap suka menyempurnakan zakat saya di Pusat Pungutan Zakat. Saya suka selepas selesai urusan pembayaran zakat, pegawai bagi pihak Pusat Pengutan Zakat mendoakan saya agar Allah memberkati harta yang tinggal kepada saya. Doa ini tdk ada jika pembayaran zakat dibuat secara online. Walaupun doa itu cuma sunnah dan sebahagian dpd adab pembayaran zakat, tetapi doa itu senjata orang beriman.
Sekarang dah makin mudah semua urusan..tiada alasan lagi kan...hehehehe
ReplyDeleteMudahlah sekarang :)
ReplyDeleteSmkin mudah skrg ni...
ReplyDeletesaya pun bayar zakat secara online thry ezakatpay je skrg.. mudah! tiada lagi alasan kan..
ReplyDeleteSgt mudah.slama nim hnye pkai atm n wang pos jew..
ReplyDeletemudah dan hanya dihujung jari.. :)
ReplyDeleteJlnkan tanggungjawab anda......;-)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.