Cara mencuci kemaluan dengan betul
Assalamualaikum. Tajuk entri Abe Kie pada kali ini sedikit mengundang rasa tidak senang terutama sekali kepada blogger wanita. Memang la tajuk nampak sedikit ke arah 18SX namun pengetahuan yang Abe Kie kongsikan ini amat berguna kepada kita, sama ada lelaki atau perempuan bila beristinjak. Rasanya kalau kita mengikuti usrah, pasti ustaz atau ustazah akan ajarkan cara membasuh kemaluan dengan betul agar ibadah kita diterima oleh Allah.
Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima. Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki
tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam
kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”
Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang
yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai
membuang air kecil. Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara
yang betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar
dengan air dan asalkan bersih je.
Ada caranya…. kaum lelaki:
Selepas
membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air
kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari
pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang
berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.
Kaum
wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusing kan semasa
dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata.
Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang
tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara
yang betul. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan
sempurna baik hadas kecil/hadas besar.
Rasulullah bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal
dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya. Aaminn... situ duduk...
19 Comments
nice share kwn... iman pon hari tu tersedar dri ceramah ust don, dia pon ajar mcm 2.smge amaln2 kecil kita ni di bekalan untuk kita disana nanti
ReplyDeleteuhuk..uhuk...Abe Kieeee.....:)
ReplyDeletethanks for sharing.... wpun agak sensitif, tapi apa salahnya utk manfaat bersama...
ReplyDeleteAlhamdulillah..pkongsian yang sangat baik..sama2 amalkan...
ReplyDeletePerkongsian yang bagus..tak sensitif pun kalau dijadikan sebagai ilmu..
ReplyDeleteberpesan2 rasanya tak salah...
ReplyDeleteWah bagus info ni.. mahu share lah dalam konteks lebih bermaruah gitew...
ReplyDeleteemm, maklumat berguna ni
ReplyDeleteperkongsian yg bagus..
ReplyDeleteperkongsian yang sgt baik sebab perkara2 mcm ni nampak remeh tp memang patut di beri perhatian...
ReplyDeleteTak salah berkongsi maklumat...thanks
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletebaca laju2...jadi taklah malu sangat, hihi
ReplyDeletePerkongsian & peringatan yg sgt baik Abe Kie.. perkara yg baik anggap shj satu ilmu yg positif. Tak perlu malu utk perkara yg baik.. t kasih diatas ilmu ini.. :)
ReplyDeleteis very good
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com
Syarat sah solat adalah suci dr najis...maknanya sgt penting utk pastikan kira beristinjak dgn btul....
ReplyDeleteYa, ilmu yg penting diketahui oleh semua orang Islam. Tanpa bersuci dgn betul, tidak sah sembahyang kita. Bayangkan kita sentiasa dalam hadas...segalanya terbatas.
ReplyDeleteSemoga kita ambil berat perkara yg remeh ini kerana kesannya amat besar!
Good info Abe...walaupun nampak remeh tapi beri kesan besar kepada kesihatan dan amalan kita
ReplyDeleteIni bukan entri 18SX. Imam Syafie berwasiat bahawa sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia menunaikan sepuluh hak. Salah satu ialah
ReplyDeletehak kubur di mana hak ini termasuk perkara mengelakkan membuang air kecil di merata-rata tempat, menyuci kemaluan dan paha termasuk kaki (jika terpercik air kencing ke paha dan kaki) dengan bersih selepas membuang air kecil. Entri Abe Kie ini mengajar cara-cara menyuci kemaluan dengan betul selepas membuang air kecil.
Rujuk: http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com/2012/09/wasiat-imam-syafie-tunaikan-sepuluh-hak.html
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.