Facebook disekat di sekolah kerajaan
Salam. Mulai tahun 2014 kami guru-guru disekat dari mengakses laman sosial Facebook oleh pelayan Bestarinet dengan alasan mahu kami, murid-murid dan ibu bapa menggunakan VFrog. Pada tahun lepas semasa sekolah menggunakan pelayan Schoolnet memang la tak ada sekatan kecuali ke halaman lucah sahaja. Kini halaman muatturun filem terkini pun sudah tidak boleh diakses. Mujurlah youtube masih boleh digunakan.
Tetapi kami guru-guru lebih selesa berhubung sesama kami menggunakan program Whatsapp. Sangat mudah untuk berkongsi foto, video dan maklumat semasa. Jika perlu berkongsi fail, kami gunakan Telegram. Lagipun kami tidak sempat nak hadap FB kerana bebanan tugas yg bertimbun di sekolah. Kadang-kadang terfikir lebih baik jadi cikgu semasa tahun 80an dan sebelumnya kerana tidak terbeban dengan tugasan perkeranian seperti SPBS dan yang sewaktu dengannya.
Akhir kata, kalau guru-guru nak main FB kena guna line sendiri la atau online je di rumah. Yang penting laman blogger tak akan disekat, ok?
15 Comments
Abe Kie, bkn setakat sek je...pejabat2 kerajaan pun dh di blok penggunaan fb dan semua lmn web xxxxx.com. Yg boleh guna cuma .gov.my shj. Nk guna lps waktu ofis.... hehe
ReplyDeleteNk tktkan produktiviti kunun nyerrr
Saya yakin bila seseorang tu dinamakan cikgu... dia memang seorang yang TAHU tanggungjawab dia... tahu tugas dia dan oleh kerana ianya KERJA... dia tahu dia kena buat kerja dan buat sebaik mungkin, semampu diri... Kalau ada cikgu nakal tu, sama seperti budak sekolah jugak, sebab ada geng nakal... ada group fahaman dan pegangan sendiri... Asasnya cikgu semua hendakkan kebaikan... pada diri, pada orang lain, pada pelajar... fb kena sekat ke, tak kena sekat ker... tu minor saja...
ReplyDeleteSelamat bertugas Abe Kie.. cikfgu yang ada blog memang saya respect!!!... :D
jabatan kami lama daa sekat penggunaan laman sosial spt fb, blog & sebagainya melalui penggunaan internet jabatan
ReplyDeleteSemua nak disekat ye....entri yang menarik.
ReplyDeletekebanyakan syarikat2 swasta pun sama ... kalau nak berfb kena pakai line sendiri.
ReplyDeletenak FB ikut hp jer.. huhu..itu pun bos ckp tak boleh..
ReplyDeleteSaya menyedari perkara ini kerana saya juga pengguna 1Bestarinet.
ReplyDeletekat sekolah, manalah sempat layan fb. biasanya guna untuk cari bahan mengajar je. kami juga guna medium Whatsapp untuk sebarang informasi. senang dan pantas. FROG tu belum mahir lagi..
ReplyDeleteSaya setuju dengan kenyataan Abe Kie "... lebih baik jadi cikgu semasa tahun 80an dan sebelumnya kerana tidak terbeban dengan tugasan perkeranian seperti SPBS dan yang sewaktu dengannya." Ibu bapa mula bekerja sebagai guru dalam era 1970-an terasa beban tugas guru yang semakin banyak tahun2 terakhir sebelum mereka berdua pencen guru besar dalam tahun 2000-an.
ReplyDeleteKena guna hp nak ber FB..Tapi time kerja/sekolah memang tak ada masa kot nak ber FB bagai..
ReplyDeleteHarap2 blog tak disekat & mudah2an perlaksanaannya membawa kebaikan buat semua..
ReplyDeleteOrang ateh la ni ramai yang Flip Flop, Sistem pembelajaran sekarang hasilkan student yang kurang berkualiti dan diterjemahkan bila ditemuduga.
ReplyDeleteYa! Yang penting blogger tidak disekat...hehe. Kalau tak, berlumutlah blog ni. :)
ReplyDeletedah mengadap pelajar..bila masa plak la cikgu2 nak berFB...lepas waktu sekolah boleh la kut...kat off noe..semua x sekat... :)..klu sekat pun x kisah...kt HP ada je..
ReplyDeleteBila FB dah kena blok Cikna lebih sng guna Whatsapp......;-)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.