Salam kepada semua kawan blogger yang dihormati dan diingati sekalian. Kali ini Abe Kie ingin berkongsi sedikit kisah benar yang mungkin akan sebabkan kawan-kawan mencetus kejayaan.

Ada kisah seorang ni.. dia selalu rasa duit dia x cukup so dia x nak bagi sedekah.. kalau hujng minggu jumaat dia bagi rm1 shj sbb bagi dia tu shj dia mampu. Makan gaji katanya.

Sehingga didatangi seorang hamba Allah.. berkata "kenapa kita xgandakan menjadi rm10 atau rm50 shj tiap kali ke masjid kemudia doakan semoga Allah cukupkan duit kita setiap minggu agar boleh derma sebanyak tu".

Tersentap beliau lalu terus mencuba pada jumaat yg terdekat.. balik surau dia rasa lapang sgt dada... sedar xsedar hampir 4 minggu dia beri rm10 kepada surau dan pelik kenapa duit dia masih banyak... rupanya bulan tu xda pun masalah tayar kereta beliau pecah, xdak pula tombol pintu patah atau xda pulak bil air/letrik melampau2. Dan terasa minyak kereta lambat pulak habisnya. Allahuakhbar. ..

Secara tiba2 gaji yg sebelum ini sikit terasa sgt banyak.. kuasa Allah..kuasa Allah.

ITU MAKAN GAJI.. MUNGKIN AKAN NAIK GAJI.. CUBA BAYANGKAN KALAU ANDA BERNIAGA.. BUAT PULA SEDEKAH MACAM TU.. BERAPA ALLAH NAK GANDA KAN AGAKNYA..

Sekadar peringatan bersama....... sekian, terima kasih duhai sahabat2ku.