Pada 15 Februari 2014 bertempat di Dewan JKKR Felda Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Daerah Tanah Merah 2014 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah. Kejohanan ini disertai oleh 14 buah sekolah menengah. Sekolah Abe Kie telah menghantar 23 orang pelari bagi 4 kategori iaitu L18, L15, P18 dan P15. Seramai 6 orang guru telah menghantar para peserta ke lokasi kejohanan pada hari tersebut. Jarak larian untuk kategori 18L ialah 7.6km manakala jarak untuk 3 kategori lagi ialah 6.5km. 

Peserta-peserta mula dilepaskan pada jam 9.20am mengikut kategori masing-masing. Trek merentas desa kali ini melalui jalan raya, bukit-bukau berbatu, tanah keras dan berpasir. Pada tahun ini 7 orang pelari dari sekolah Abe Kie berjaya menempatkan diri mereka dikalangan 10 pelari terbaik di dalam kategori masing-masing. Setiap seorang di kategori 15L, 18L dan 18P serta 4 pelari di kategori 15P. Mereka akan mewakili daerah Tanah Merah pada kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan di lokasi yang sama. Kami menduduki naib johan peringkat PPD Tanah Merah buat kali kedua berturut-turut. Berbaloilah dengan latihan yang kami jalani selama 2 minggu.


Peserta sekolah Abe Kie iaitu Mohd Lokman Mohd Zulkifli telah menjadi johan kategori 15L. Biarpun bertubuh kecil namun murid tingkatan 2 ini dapat mengalahkan lawan-lawan yang jauh lebih besar dan tinggi darinya. Syabas Abe Kie ucapkan. Semoga pelajar-pelajar sekolah Abe Kie dapat meneruskan kecemerlangan ini pada tahun-tahun yang akan datang. In sha Allah.