Sesi perkongsian pintar graduan UMT dan murid-murid Kelas 5 Sains 2
Pada minggu lepas, seorang bekas pelajarku datang ke sekolah kerana ingin mengambil wang bantuan awal persekolahan untuk adik perempuannya. Bapanya tidak dapat hadir kerana bertugas di luar negeri. Firdaus Ridzwan menduduki SPM di sekolahku pada tahun 2008. Dia adalah pelajar yang rajin biarpun tidak mendapat semua A di dalam SPM. Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi dan seterusnya ke Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Sains Marin. Dia baru saja menerima ijazah pertama pada November lepas jadi sekarang dia masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya.
Berbalik kepada sesi perkongsian pintar ini di mana saya meminta dia memberikan ucapan ringkas tentang pengalamannya sebagai mahasiswa di Matrik dan UMT dan kepentingan Bahasa Inggeris semasa di kampus kepada murid-murid Tingkatan 5 Sains 2 seramai 33 orang. Pada mulanya saya menyuruh dia bercakap selama 15 minit tetapi akhirnya ia berlanjutan selama lebih 1 jam kerana calon-calon SPM ini menunjukkan minat tentang penyampaian dan pengisian ceramah berkenaan. Mereka juga menanyakan soalan kepada Firdaus dan dia berjaya menjawab sebaik mungkin.
Antara tips yang dia berikan ialah agar murid-murid ini belajar berdikari kerana semasa di IPTA mereka akan berjauhan dengan keluarga dan tiada siapa yang akan memaksa mereka menghadiri kelas atau menyiapkan tugasan tidak seperti di sekolah di mana guru dan ibubapa akan memastikan mereka berbuat demikian. Dia juga berkongsi cara belajar yang betul semasa di kampus dan cara berkomunikasi dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum, negeri, budaya dan kedudukan. Selain dari itu dia juga menyelitkan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh SPA khusus kepada murid-murid yang mendapat keputusan sederhana di dalam SPM nanti.
Sesungguhnya perkongsian pintar itu membuka minda dan perspektif murid-murid Abe Kie yang bakal menduduki SPM hujung tahun ini.
15 Comments
Apabila pelajar-pelajar sekolah mendengar pengalaman daripada senior mereka yang berjaya melanjut ke IPTA, sesi perkongsian pintar tersebut menjadi motivasi kepada mereka semua.
ReplyDeleteBagus perkongsian pintar ni.. in dpt dijadikan motivasi & inspirasi kpd pelajar lain utk mencontohi cara yg baik utk berjaya. Semoga beliau terus berjaya & syabas Abe Kie diatas perkongsian yg bermanfaat ini.. :)
ReplyDeletebagus perkongsian pintar nie..
ReplyDeleteada bakat jadi motivatorle...bayangkanlah dari 50 minit jadi sejam...
ReplyDeletetahniah..
menarik....tahniah
ReplyDeleteBagus sesi perkongsian pintar ni..menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar semua
ReplyDeleteAktiviti begini memang sihat dan bagus untuk membuka minda adik2 yang lebih kecil supaya lebih bersedia ke alam yg lebih mencabar...
ReplyDeletemungkin bagus dan menarik cara penyampaian dia
ReplyDeletebagus tuk jadi motivator tu =)
salam kenal
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com
Meh saya motivator pasal kerjaya dan masa depan... Dan kerjaya guru masa sekarang dan masa depan... Faris Mansor... Graduan Upsi...
ReplyDeletebagus sesi mcm nie.. sekurang-kurangnya dorg dpt pendedahan awal bila dorg nak masuk matrik dan u nanti..
ReplyDeleteSememangnya cetusan inspirasi begini harus dicambahkan dan diteruskan agar dapat memberi dorongan kepada pelajar.
ReplyDeleteberi pendedahan awal ni bagus, terbuka sikit minda mereka..
ReplyDeleteMedsti berbakat dan menarik penyampaiannya...jika tidak masakan berlanjutan sehingga sejam. Bagus juga, dapat murid2 mengetahui cerita keadaan sebenar dan keseronokan menjejakkan kaki di menara gading. Semoga menaikkan lagi semangat mereka utk berjaya dgn cemerlang!
ReplyDeleteDengan adanya program dari senior begini...menaikkan semangat pelajar2 untuk lebih maju kehadapan...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.