Mac ialah bulan paling sibuk dalam hidupku
Salam. Setiap orang ada bulan masing-masing di mana mereka mengalami kesibukan melampau. Bagi ibu-bapa mereka mungkin sibuk pada hujung tahun sebab menyiapkan keperluan anak-anak memasuki tahun persekolahan yang baru. Bagi Abe Kie pula, lain pula ceritanya kerana bulan Mac adalah bulan yang paling sibuk kerana tugasan di sekolah datang serentak pada bulan ini. Begini kisahnya.....
Pada bulan Mac ini kelas tambahan petang dan malam untuk tingkatan 5 diadakan seperti biasa. Selain dari itu Abe Kie perlu mengajar kelas anjuran RISDA pada hari Sabtu selang dua minggu. Nak tak nak kena buat kelas tambahan ini kerana ia telah termaktub di dalam jadual. Lagipun guru-guru diberikan sedikit elaun. Hmm...dapatlah sikit duit poket untuk bawa anak-anak shopping di Kota Bharu. Kalau FOC mungkin tiada guru-guru yang dengan rela hati nak buat kan? Elaun ini dibayar oleh PIBG dan yuran murid-murid itu sendiri.
Kemudian Abe Kie perlu menolong kawan melatih atlit-atlit sekolah ke kejohanan olahraga daerah. Biasanya kami berlatih selama tiga minggu sebelum kejohanan. Latihan dijalankan pada waktu petang, hujung minggu dan pagi apabila hampir dengan kejohanan. Sudah tentu Abe Kie tidak cukup rehat kerana selesai kelas wajib pada jam 2 petang, terpaksa bergegas ke rumah untuk solat, mandi dan makan sebelum datang ke sekolah sebelum 4 petang untuk melatih murid-murid. Pada malamnya ada pula kelas malam dari jam 8.30 ke 10.30 malam.Pada tahunn ini kejohanan olahraga daerah akan bermula pada 17 Mac dan berakhir pada 19 Mac. Semoga pasukan sekolah Abe Kie mendapat banyak pingat emas pada tahun ini.
Pada bulan Mac juga Abe Kie mula mendaftarkan murid-murid tingkatan 5 untuk peperiksaan SPM kerana Abe Kie ialah Setiausaha SPM. Seawal bulan Januari lagi Abe Kie sudah memungut salinan IC mereka bagi memudahkan proses pendaftaran. Pendaftaran SPM telah dijalankan secara atas talian sejak 2004 lagi. Kerja perlu dilakukan dengan teliti kerana ini menentukan masa depan calon-calon SPM. Mujurlah line SPM laju, tak sama seperti line PBS. Yang membuatkan Abe Kie bengang ialah ada ketikanya keputusan SPM diumumkan serentak dengan kejohanan olahraga sekolah menyebabkan Abe Kie sukar membuat keputusan untuk berada di mana pada hari tersebut. Adalah mustahil untuk menjadi 'hantu raya' kerana itu adalah syirik di sisi Islam. Kedua-dua acara iaitu mengambil keputusan SPM di PPD dan kejohanan olahraga daerah penting kepada Abe Kie. Last2, Abe Kie ambik cuti rehat dan gi jalan-jalan ke Cameron Highlands..Hah! Baru tahu!
Kesimpulannya kita hendaklah bijak membahagikan masa apabila kesibukan melanda dengan memberikan keutamaan dengan program yang lebih dekat dan penting kepada kita. In sha Allah, rasa sibuk itu akan berkurang. Apa2apa pun Abe Kie tak sabar menunggu berakhirnya bulan Mac ini agar kehidupan Abe Kie akan kembali normal seperti dulu. Begitulah ceritanya kawan2ku sekalian.
19 Comments
memang sibuk betullah abe kie. selamat bekerja
ReplyDeletetiap-tiap bulan sibok....biaselah tu...hehehe
ReplyDeletesaya faham jadi cikgu tu macam mane abe kie.. hehehe
ReplyDeletesibuk-sibuk juga..kesihatan kena juga jaga abe..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala usaha Abe Kie... selamat bekerja.. :)
ReplyDeleteselamat berjaya...
ReplyDeleteWah fully booked..Selamat bekerja AK...
ReplyDeleteDapat selami betapa sibuknya AK. Mesti ada rakan yang boleh membantu AK pada 20hb tu nanti...Semoga segala urusan AK dipermudahkan. Syukur juga PBS ditangguhkan...jika tidak, lagilah haruuuu
ReplyDeleteLain orang lain ujiannya
ReplyDeleteselamat bekerja cikgu..
ReplyDeleteselamat bekerja :)
ReplyDeletesama lah kita, bulan 1 sibuk ngn urusan sebagai guru kelas, bulan 3 ni lak sibuk ngn fail2 yang kena setle sebab ada nazir datang skolah..fuh !
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan abe kie
ReplyDeleteKerja zaman sekrang bukanlah mudah, sibuk memanjang :)
ReplyDeletemama bukan bulan je, hari-hari mama sibuk.. hihi
ReplyDeletedah pada bulan mac nih jug , saya akan ambil result spm huaaa
ReplyDeleteDalam dok sibuk2 pun sempat lagi update entri....
ReplyDeleteTabeklah Abe Kie....:)
Nowadays teachers are really overloaded!
ReplyDeleteRasanya setiap bulan cikgu sibuk...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.