Salam kepada semua sahabat blogger. Kawan2 suka makan laksam ke? Laksam ini ialah makanan tradisional Kelantan yang kini sudah boleh didapati di seluruh negara. Masa kanak2 dan remaja dulu Abe Kie selalu membantu ibu mengukus laksam dengan menggunakan tudung periuk. Lepas tu dia suruh abe kie membuang tulang ikan sebelum menumbuk isi ikan itu lalu dicampurkan dengan santan untuk dibuat kuah.

Pada hari ini kita tak perlu lagi menyediakan laksam sendiri kerana ia sudah dijual di pasar seperti mee n kuetiaw. Kdg2 tu kuah laksam pun dijual sama. Cuma beli ulaman dan potong di rumah. Lepas tu boleh terus makan. Baiklah di sini abe kie ingin berkongsi resepi laksam. Sila buat di rumah ye selepas ini? TQ.


Resepi laksam (12 gulung)

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tpg gandum

sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar.





* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak

* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..

*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..

* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..

*kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..



kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan

* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..

* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan

* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula

* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


ulaman

kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus