Jadual kelas tambahan SPM yang padat
Assalamualaikum,
SPM akan
bermula pada 3 November 2014 nanti. Sekarang para pelajar sibuk mengulangkaji
pelajaran untuk peperiksaan pertengahan tahun yang baru bermula hari ini. Tak
lama lagi kami guru-guru pula yang perlu bertungkus-lumus memeriksa skrip
jawapan murid-murid.
Demi
memastikan sekolah abe kie mengekalkan kedudukan sebagai sekolah terbaik di PPD
bagi SPM, pengetua telah merancang pelbagai aktiviti yang melibatkan guru-guru
dan murid-murid. Antara program yang dijalankan ialah kem teknik menjawab
soalan, seminar subjek kritikal, pertukaran pelajar dengan SBP, kelas tambahan
petang, malam dan hujung minggu dan perjumpaan dengan ibubapa calon SPM.
Jadual
harian calon SPM sekolah abe kie memang padat. Kelas biasa akan bermula pada
jam 7.40 pagi sehingga 2.00 petang bagi murid-murid kelas kemanusiaan. Manakala
murid-murid kelas sains kelas mereka tamat setengah jam kemudian. Selepas itu
mereka akan mengikuti kelas tambahan petang selama 1 jam. Biasanya sebelum 4.00
petang mereka sudah mengosongkan kelas masing-masing.
Pada jam
8.30 malam kebanyakan dari mereka akan datang ke sekolah untuk mengikuti kelas
semalam sehingga jam 10.30 malam. Pengisian kelas malam lebih santai dimana
murid-murid membuat latihan dan kemudiannya perbincangan diadakan dengan guru.
Setelah
selesai kelas malam, murid-murid akan pulang ke rumah masing-masing untuk
menyelesaikan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru-guru. Kadang2 mereka
menghabiskan masa dengan membuat ulangkaji topik yang telah dipelajari pada
paginya.
Pada hari
Jumaat dan Sabtu juga mereka terpaksa datang ke sekolah untuk kelas tambahan
yang dianjurkan secara tidak rasmi oleh guru-guru lain.
Melihatkan kepada
jadual harian padat calon2 SPM di sekolah, abe kie merasa kasihan kepada mereka
kerana mereka kekurangan waktu rehat. Tambahan pula sekolah abe kie tiada
asrama, jadi mereka banyak membazirkan masa di atas jalanraya. Semoga mereka
dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan ini demi kejayaan SPM 2014 nanti.
In Sha Allah.
29 Comments
All the best Abe Kie... Moga pelajar dan guru berjaya dengan cemerlang!
ReplyDeleteTahun ni last SPM ke Abe Kie mcm yang SA dengar UPSR last this year...
ReplyDeleteInsyallah .. all the best.. MOga berjaya :D
ReplyDeletehttp://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html
Kejayaan seorang guru itu adalah bila murid-muridnya 'lebih berjaya' dari dirinya. Moga Abe Kie dan anak-anak muridnya terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
ReplyDeleteguru yg komited. pekerjaan yang penuh dengan barakah abe kie...
ReplyDeleteall d bez buat calon spm thn ni, moga dpt result cemerlang
ReplyDeletepastinya sbg seorg guru, segala yg terbaik dicurahkan buat anak murid, oh ya 16 mei bakal menjelang, selamat hari guru cikgu...
tips nuffnang, berikut linknya:
http://umikasum.blogspot.com/2014/03/cara-buat-duit-dengan-nuffnang.html
http://umikasum.blogspot.com/2013/09/tips-tingkatkan-earning-cpuv-nuffnang.html
hhmm...rindu zaman sekolah dulu
ReplyDeletebukan sennag jadi guru..jasa guru patut dibalas anak murid
ReplyDeleteSemoga segala prsediaan berjalan lancar demi kejayaan pelajar2 seluruhnya... aamiin..
ReplyDeleteGudluck abe kie..ayie dtg jln2 cni,hehe rindunya zaman jadi pendidik dulu...
ReplyDeleteAduh.. Kenapa Vee rasa jadual dorang terlalu padat? Mcm menekankan pun ada. Ive been there, and seriously penat. Huhu. Salute kpd yg bertahan..
ReplyDeletekdg2 kelas tambahan boleh jgk bantu..
ReplyDeleteselamat hari guru cikgu!!!
ReplyDeletetakpe , bersusah dahulu ye dak ? :) moga dipermudahkan urusan.. kesian dak2 spm
hye..Syira dtg dr segmen Nak Url Blog oleh Mia Liana :)
ReplyDeletejom singgah rumah pink Syira ^_^ insyaAllah tak rugi ..hehe
semoga berjaya semua ...
ReplyDeletesaya singgah dari segmen mialian ..done follow
http://mamamursyid.blogspot.com/
datang blogwalking sini daripada blog Mialiana.com. Salam perkenalan. =)
ReplyDeleteAll the best!
ReplyDeleteSinggah dari Blog kak Mia..jemput singgah ke blog
http://www.azhafizah.com/
Singgah petang sempena cuti wesak..salam mesra dari Cikgu Norazimah
ReplyDeleteSimpati kepada guru-guru dan para pelajarnya. Kedua-dua pihak bertungkus-lumus.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Abe Kie. Blogwalking dari segmen Mia Liana. Jemput ziarah ke blog saya pula ya. Terima kasih.
ReplyDeleteKadang-kadang tu kesian juga kepada pelajar-pelajar kan. Tapi apa boleh buat, itulah pengorbanan yang harus dilakukan demi sebuah kejayaan. Tahniah juga kepada guru-guru.
Salam ziarah dari blog kak mia... ^_^
ReplyDeletehttp://myfirdz-trulylove.blogspot.com/
Singgah & F0LloW sini dari segmen Senarai URL Blog #4 by Kak Mia ;) S@l@M KEN@L ^_^ http://engkumuzahadin.blogspot.com/
ReplyDeletedemi kejayaan..kenala berkoban ye cikgu..pling kesian byak watu dibazirkan di jalan..erm...
ReplyDeletesemoga semua calon2 SPM abe kie mnedpat keputusan yg cemerlang.
ReplyDeletekesian mereka... padat sungguh jadual...tp tak pe... untuk masa dpn mereka juga... ^__^
ReplyDeleteMoga usaha para guru dan pelajar membuahkan hasil yang baik... Selamat hari guru Abe Kie :))
ReplyDeletekesian kat mereka.. good luck buat calon2 spm tahun ini..
ReplyDeletewah padat sungguh jadual tu
ReplyDeletemampu ke mereka catch up
apapun selamat hari guru ye cikgu =)
wah padat sungguh jadual tu
ReplyDeletemampu ke mereka catch up
apapun selamat hari guru ye cikgu =)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.