Jalan-Jalan Ke Demong Beach Resort, Besut, Terengganu
Anak-anak abe kie pantang melihat kolam. Mahu terjun dan mandi sampai kesejukanlah mereka!
Anak-anak abe kie ni memang suka mandi kolam. Kalau pergi menginap di hotel, kolamlah tempat mereka lepak untuk mandi-manda. Pernah juga abe kie belikan kolam plastik di pasaraya tu. Tapi sekejap je mereka guna. Lepas tu masuk stor. Huhuhuhu
Pemandangan di Pantai Demong berlatarbelakangkan sebuah pulau tak berpenghuni
Pada hari Jumaat lepas, abe kie dan anak-anak telah pergi ke Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Turut serta ialah anak saudara ayah kie yang sedang menunggu kemasukan UPU. Kami bertolak pada jam 3.30pm dan perjalanan mengambil masa cuma 1 jam.
Macam tak ada mood je nak bergambar sebab masih letih dan mengantuk
Sampai je di resort berkenaan, terus anak-anak abe kie menuju ke kolam renang. Sebenarnya kolam tu untuk tetamu aje tapi kami menyelinap masuk bersama tetamu2 berdaftar. Lagipun pihak resort tak check pun! Dekat sejam juga la mereka mandi-manda di kolam itu.
Pasir yang tebal menyukarkan kami melangkah kaki ini
Selepas mandi, kami bersiar-siar ke Pantai Demong yang indah itu. Kebetulan pada masa itu, ada sebuah sekolah menengah di Machang, Kelantan sedang mengadakan program hari keluarga. Jadi macam ramailah orang kat pantai tu.
Abe Kie nampak kurus sikit. Sejak lepas Ramadan lalu berat tak naik2 biar pun makan banyak!
Kami bertolak pulang pada jam 6.15pm dan sampai di kampung sejam kemudian. Anak-anak abe kie mahu datang lagi tapi abe kie dah tak larat nak memandu ke sana.Tunggulah bila cuti sekolah akan datang, kami pasti akan ke sana lagi.
13 Comments
memang seronok dapat menghabiskan satu hari bersama keluarga.
ReplyDeleteBestnya cuti di tepi pantai..
ReplyDeletecomel anak-anak cikgu ni
ReplyDeletebilalah dapat peluang ke sana ye
tengok gambar pun jadilah...hehe
p/s - cam dah lama tak singgah sini =)
samalah dgn family sy abe kie ; pantang nampak pantai, kolam renang dan berkelah...org suka pancing mesti nampak air terus ada mood bercuti..hahaa..
ReplyDeletep/s feed blog abe kie dah ok ; GOOD !
budak2 mmg suka mandi kolam..anak2 noe pun macam tu jugak...wahhh..ok la tu...leh maintain badan :)
ReplyDeletesalam hujung minggu AK & selamat beristirehat bersama keluarga..
ReplyDeleteBercuti di tepi pantai memang seronok apatah lagi jika menginap di resort
ReplyDeleteDamong Beach Resort ni belah mana ek? kat Bukit Keluang ker?... Saya sekolah rendah kat Alor lintang, Besut tu lah...
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletebest nyer dapat habiskan masa bersama2 anak2 dan isteri.
mselim3
besar2 dah anak cikgu..seronoknye berjalan dan menghabiskan masa dengan famili..
ReplyDeleteAnak-anak la yang paling suka dengan pantai. Bantai dia terjun je,kita mak bapak yang kecut perut.
ReplyDeleteBercuti sekeluarga di pantai mmg menyeronokkan.. suasana angin pantai tu yg syok.. nyaman & selesa.. :)
ReplyDeleteMacam seronok :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.