Assalamualaikum,


Sarapan pagi di Kelantan menawarkan pilihan nasi yang pelbagai seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi lemak dan lain-lain lagi. Terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual sarapan pagi ini. Jadi sekiranya berkunjung ke Kelantan, jangan bimbang nak makan apa kerana pilihan di sini terlampau banyak dan murah pula tu.

Memandangkan kantin sekolah abe kie menjual makanan seperti harga di hotel, maka terpaksalah abe kie membeli sarapan pagi di gerai tepi jalan dalam perjalanan ke sekolah. Gerai pilihan abe kie ialah gerai bekas pelajar SPM 2009 yang bernama Latifah. Harga makanan di sini memang murah dan sedap pulak tu! Antara menu yang disediakan ialah nasi kerabu lauk ayam dan daging bakar, nasi lauk gulai serati, nasi lauk ayam kampung, meehoon goreng, laksam, laksa, nasi lauk tongkol dan lain2 lagi.

Kelihatan di dalam gambar di atas ialah nasi kerabu tiga lauk yang abe kie beli pada harga RM3 sahaja! Ada lauk daging bakar, ikan rebus goreng dn telur masin. Sebenarnya abe kie minta Tipah bubuh 2 lauk aje tapi dia ni pemurah dan tambah satu lagi. Maklumlah kan, dia masih ingat jasa gurunya ini. Huh! Harga nasi satu lauk dan sayur di kantin sekolah abe kie biasanya RM6. Tadi abe kie makan lauk ikan selar goreng kicap dan nangka rebus cicah budu. Nak tahu berapa harganya? RM7! Nak cepat kaya ke?

Apa-apa pun abe kie kena bijak mencari gerai atau restoran yang menawarkan harga terendah pada rasa yang paling sedap!