Permohonan menjadi ahli NUTP sudah diluluskan
Assalamualaikum,
Abe Kie mula berkhidmat di sektor pendidikan pada 16 September 1997 dimana sekolah pertama abe kie ialah SMK Majakir, Papar, Sabah. Semasa di sana ada kwn2 yg jemput abe kie join NUTP tetapi hati abe kie belum terbuka untuk mendaftar sehinggalah November 2013 apabila abe kie tertarik dengan plan takaful berkelompok yg ditawarkan oleh NUTP. Lalu abe kie meminta borang pendaftaran dgn wakil NUTP sekolah iaitu Puan Yap. Rasanya pd bulan 11 gak dia hantar borang tu ke pejabat NUTP Kota Bharu, Kelantan.
Namun hanya pada 8 Mei 2014 abe kie menerima kad keahlian NUTP. Mengapa lambat ni? Tak apalah, janji dapat akhirnya. Untuk bulan pertama sebanyak RM44 akan dipotong dari gaji abe kie. Manakala untuk bulan kedua dan seterusnya RM6 akan dipotong. OKlah tu. Paling tidak kita ada sokongan dari badan kesatuan jika sesuatu berlaku kepada kita, para guru kelak.
Seperti yang abe kie baca dalam laman web NUTP atau KPKK, ia sedia memberi bantuan dalam menyelesaikan masalah-masalah seperti:
* Perlantikan
* Pengesahan jawatan
* Kenaikan Pangkat
* Pertukaran
* Gaji
* Cuti
* Pencen
* Kejanggalan dalam Perkhidmatan
* Kes Disiplin Guru
* Bebanan Tugas
* Persengketaan dengan Pihak Atasan
* Kebajikan Guru
* Bantuan guaman dan khidmat nasihat
Selain dari itu, NUTP atau KPPK juga menyediakan:
* Insurans Kelompok
* Koperasi KPPK Berhad
* Tagung Khiarat Kematian
* Pusat Maklumat
* Majalah Guru Malaysia
* Menganjur Seminar, Taklimat, Kursus, Bengkel dan Lawatan sambil belajar
Jadi apa lagi? Kepada rakan2 guru yang masih belum menjadi ahli NUTP, silakan mendaftar sekarang juga melalui wakil sekolah anda. Setiap tahun kita akan menerima 'yearly planner' dan buletin NUTP setiap 3 bulan sekali. Jom kita?
P.S. Abe Kie sengaja tak padam no KP sebab nak bagi 'hint' kepada kwn2 yang hari ini, 19 Mei 2014 Abe Kie genap 41 tahun! Hmm...kalau nak kirim hadiah atau kad tu silakanlah. Hehehehehe...
15 Comments
Hehe.. Happy birthday abe kie.. Saya belum lagi daftar sebagai ahli nutp.. Rase macam nak daftar gaklah..
ReplyDeletebaru tahu kelebihan nutp , bagus nye..
ReplyDeleteSaya rasa hairan juga, kad NUTP dah lama terima tapi baru buat enri hari ni. Rupa-rupanya ada yang tersirat nak tunjuk tarikh lahir. hehehe. What ever, happy birthday to you. May Allah bless U and your family.
ReplyDeletehahaha.. zizie nampak tu.. happy birthday abe kie :)
ReplyDeleteSaya TAGGED kamu
ReplyDeletehttp://fuzamusa.blogspot.com/2014/05/1st-mini-giveaway-by-atikah-aziz.html
Alhamdulillah.. selamat menyambut hari kelahiran Abe Kie.. semoga sentiasa sihat, diberkati kehidupan sekeluarga & tercapai segala yg dihajati.. semoga terus berjaya... aamiin.. :)
ReplyDeleteTahniah....
ReplyDeletewish u happy b'day, may all the dreams come true... along with the blessing from the Greatest;Al-Muhyi, semuga hidup sentiasa diberkati abe kie..
ReplyDeleteHappy Birthday Abe Kie... tengok je kad ahli tu... terus nampak tarikh tu! hehe
ReplyDeleteHappy besday Cikgu Din... Maaf lama tak singgah sini... Terima kasih share tentang NUTP ni. Bagus lah kesatuan ni. Tapi macam saya mengajar di sekolah agama. dah afa persatuan, boleh ke daftar dgn NUTP pula cikgu?
ReplyDeletehappy belated birthday cikgu din.. lambat lak wish. hari ni baru ade masa bw ke blog cikgu. hehe
ReplyDeletethnx share psl NUTP. Tahniah dh jadi ahli
ReplyDeleteTahinah Abe Kie..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dari Allah..
Tahniah Abe Kie kerana permohonan jadi ahli nutp berjaya :))
ReplyDeleteHappy Belated Birthday :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.