Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 Abe Kie sekalian? Diharapkan semuanya sihat walafiat. Pada 26 April 2014 Kelab Guru dan Kakitangan sekolah Abe Kie telah menganjurkan Program Hari Keluarga di gelanggang permainan sekolah. Program bermula jam 8 pagi dengan acara makan-makan tapi Abe Kie lewat tiba namun makanan masih banyak. Syukur. Tahu tak bola apa yang Abe Kie pegang tu? Itulah bola petanque, satu sukan santai yang berasal dari Indo China. 


Tengok tu betapa banyaknya makanan dan minuman yang terhidang di atas meja! X kuasa Abe Kie nak habiskan. Makan banyak pun tapi badan makin kurus. Tak tahu kenapa? Huhuhuhuhu...


Pertandingan petanque diadakan bagi kategori guru-guru lelaki dan perempuan. Abe Kie, Pariza (pembantu makmal) dan Amir menganggotai Kumpulan Toyota. Pada peringkat kumpulan kami menang sekali dan kalah sekali. Bila masuk suku akhir bertemu dengan kumpulan guru yang ahlinya pernah mewakili sekolah. Tak sangka pula menang. Begitu juga di separuh akhir, terpaksa bertemu dengan wakil sekolah. Menang lagi! Pada final pula bertemu dengan suami kepada guru di sini dan murid-murid yang pernah memasuki separuh akhir negeri. Memang tuah mewakili kumpulan Abe Kie bila menang dengan keputusan 11-10. Itu pun hampir2 nak kalah sebab pada mulanya kami ketinggalan 1-8. Tapi kalau dah rezeki tak kan ke mana kan?


Inilah antara hadiah yang bakal dibawa pulang oleh Abe Kie. Anak2 AK juga memasuki pertandingan sukaneka. Anis mendapat tempat ketiga dalam acara merebut kerusi manakala adiknya Alin mendapat naib johan dalam acara yang sama. Cuma anak AK yg tengah, Alis mendapat hadiah saguhati.