Assalamualaikum,

Setelah menulis blog sejak September 2007 kini tibalah masanya untuk abe kie membeli domain sendiri. Keinginan itu sudah lama cuma kewangan je yang belum mengizinkan. Sebenarnya abe kie sudah menggunakan dua domain sebelum ini iaitu www.jukdin.com dan www.juk.my namun setelah menggunakan domain2 itu selama setahun abe kie enggan meneruskan penggunaan kerana bebarapa masalah teknikal. Namun lewat April lalu abe kie mula berkira untuk membeli domain baru.

Dalam pencarian syarikat pembekal domain abe kie berkenan dgn www.ecommercemastery.com kerana harga domainnya yg murah iaitu RM30/thn. Terus abe kie beli. Rupa2nya ianya indah khabar dari rupa. Servis sykt ini memang teruk. Bila hantar tiket langsung x dijawab biarpun mrka kata dlm masa 24 jam akan dijawab. Bila call pula tak diangkat langsung. Inilah jenis bumiputera yang x reti meniaga dan suka menindas bangsanya sendiri.

Lepas tu abe kie mencari2 sykt pendaftar domain yg baharu dan akhirnya memilih netkl.com. Harga domain RM35 dan kalau nak suruh mereka set up penukaran dari blogspot ke domain kena tambah RM3 je. Kira OKlah tu sebab x sampai 30 minit abe kie bank in duit di Maybank, domain www.zukidin.com telah berjaya didaftarkan. Pada mulanya abe kie bercadang nak setup sendiri setting blogspot ke domain tu. Tapi setelah mencuba selama 1 jam masih x dpt2 maka abe kie mengalah n memohon pihak netkl buatkan setelah abe kie bayar RM3. X sampai 5 minit selepas bayaran dibuat domain baharu www.zukidin.com sudah mula aktif dan boleh diakses! Cepatkan?

Ada beberapa kesan sesudah kita menukar domain. Pertama, ranking alexa dan google pagerank akan turun. Contohnya pada hari pertama penukaran domain, ranking alexa domain ialah 18 juta tapi 5 hari kemudian ia telah mengecil kepada 2 juta! Google pagerank memang x de dalam senarai lagi. Selain daripada itu, blog2 yg tersenarai dlm blog list abe kie juga telah hilang semuanya. Terpaksalah abe kie masukkan kembali satu demi satu. Masalah ketiga ialah dengan RSS feed yang hilang dan mengalami konflik dgn RSS blogspot yg lama. Abe kie jd bimbang gak bila entri terbaharu tidak tersenarai di reading list pengikut2 abe kie. Patutlah entri pertama dgn domain baharu tu kurang komen. Tapi syukurlah, sesudah 32 jam, RSS feed kembali normal.

Akhir kata penukaran kepada domain dotcom ini terus membakar semangat kpd abe kie untuk terus menulis entri2 yg bermanfaat kpd rakan2 blogger yg ada. Terima kasih kerana anda kerap berkunjung dan menulis komen di entri2 yg abe kie siarkan. Sokongan kalian amatlah abe hargai.