Menutup akaun semasa di Bank Islam
Assalamualaikum,
Sekitar tahun 2001 apabila abe kie mula membeli kereta pertama iaitu Proton Wira, cara untuk membuat pembayaran sewa beli itu ialah dengan membayar terus di cawangan bank berkenaan. Bayangkanlah, abe kie tinggal di Machang dan EON Bank pula hanya ada di Kota Bharu yang jaraknya hampir 42km atau sejam perjalanan. Leceh kan? Kena fikir masa, tenaga dan kos minyak pulak kan?
Jadi abe kie memohon akaun semasa dengan Bank Islam cawangan Machang. Pada ketika itu abang menjadi introducer sebab dia memang ada akaun semasa perniagaan. Akaun semasa yang abe kie buka ni jenis peribadi di mana kad ATM juga dibekalkan. Rasanya bagi akaun semasa perniagaan tiada kad ATM dikeluarkan.
Jadi selepas itu abe kie membayar ansuran kereta dengan mengirimkan cek ke cawangan EON Bank, Kota Bharu. Kosnya cukup berbaloi iaitu RM1.00 meliputi duti cek (15 sen), caj bank cawangan luar (50 sen), sampul surat (5 sen) dan kos stem (30 sen). Murah kan?
Seiring dengan peredaran arus semasa, IBG atau pemindahan wang antara bank secara atas talian mula diperkenalkan pada tahun 2013 dimana kos perkhidmatan cuma 10 sen! Tak perlu lagi beratur di kaunter dan depan ATM untuk memindahkan wang.
Oleh yang demikian abe kie merasakan keperluan untuk menyimpan buku cek sudah tidak penting lagi. Lalu pada minggu lepas, abe kie pergi ke cawangan BIMB Machang, Kelantan untuk menutup akaun semasa peribadi tersebut. Ada baki sebanyak RM2.21yang dilunaskan oleh teller bank berkenaan.
Jadi apa pendapat kawan2 tentang penggunaan buku cek pada hari ini?
18 Comments
Cek? Biar sek tokey2 sudoh lah abe ki.. ambo lamo doh dop pegang cek. :P
ReplyDeletecek? hanya penerima...xpernah ada sndiri...
ReplyDeleteindividu yg pakai buku cek nie selalunye banyak duit dalam akaun.. hehe
ReplyDeleteIshmah cuba menyimak, meskipun kadang agak susah pulak hendak pahami bahasa melayu ^^ cause Ishmah biasa guna bahasa Indonesia ^^
ReplyDeleteBy the way, Ishmah dah followback, abang :)
tak pernah guna buku cek. tengok pun tak pernah
ReplyDeletenampak macam hebat je kalau ada buku cek..memang tak pernah guna..terima cek itu adalah
ReplyDeleteEntri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
Saya masih guna buku cek abe akie.. banyak lagi kegunaan untuk saya nak bayar yuran sekolah anak sebab tak bagi mereka bawa wang tunai ke sekolah..
ReplyDeleteSaya follow Abe Akie .. tq follow saya ye :)
Salam abe Ki.. bagi sy susah sikit nak guna buku cek ni.. tapi klu ada akaun perniagaan tu OK lah jgk kan..:)
ReplyDeleteRasanya mcm xramai yg guna buku cek yg xtau pn ade.... skunk ni mmg senang guna IBG yg kos RM0.10je blh hntr kat mne2 bank tp elok guna sblm pkl12tghri........;-)
ReplyDeletepenting bagi tujuan perniagaan, untuk peribadi ada pilihan lain yang lebih mudah.
ReplyDeleteUntuk biz bagus ..
ReplyDeleteKlu utk perniagaan mmg mudah, tetapi utk peribadi bergantunglah juga kpd tujuan penggunaannya kan... :)
ReplyDeletefollow here back dr segmen mialiana..^_^
ReplyDeleteBuku check.. hehehee.. saya tahu akaun bank dan kad debit jer.. yang lain tak tahu apa hahahah :D
ReplyDeletehttp://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html
Buku check.. hehehee.. saya tahu akaun bank dan kad debit jer.. yang lain tak tahu apa hahahah :D
ReplyDeletehttp://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html
Seumur hidup saya tak de buku cek ZD....
ReplyDeleteTapi tak perlu dah kot.... sebab banyak online dah zaman ni...
x prnh2 gn atau terima cek sblm ni
ReplyDeleteSekarang boleh guna online, lebih mudah, lebih jimat.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.