Berwarna hijau dan mudah dibawa antara ciri-ciri Al-Quran berwarna tajwid ini.

Terdetik untuk Abe Kie membeli Al-Quran bertajwid berwarna selepas terlihat satu naskah keluaran Karya Bestari yang dijual di SMO, Tanah Merah, Kelantan. Harganya antara yang termurah di pasaran iaitu RM42.50 sahaja. Bersaiz A4, setiap hukum tajwid ditandakan dalam warna yang berbeza bagi memudahkan kita membaca dan memahami Al-Quran. Key atau nota kaki hukum tajwid itu dicetak di bahagian bawah mukasurat bagi rujukan kita. 




Satu penanda buku yang bercetak hukum2 tajwid juga diberikan bagi memudahkan pembaca membuat tujukan.


Snapshot muka surat Al-Quran bertajwid dan berwarna. Sila klik untuk membesarkan imej di atas.

Jadi apa lagi? Jom kita beli senaskah Al-Quran bertajwid dan berwarna sempena sambutan Nuzul Quran esok.