Assalamualaikum. Pada kali ini abah zuki ingin menceritakan pengalaman abah diserang sakit batu karang sejak 2007 lagi. Semoga kisah benar ini dapat membantu rakan2 yg mengalami masalah yang sama.

Pada satu hari abah merasa sakit yg teramat di bahagian belakang pinggang selepas memakan sate. Selain dari kesakitan melampau, abah juga meraya loya dan demam. Air kencing pula kotor dan kadang-kala keluar darah bersama air kencing. Abah cuba menelan ubat tahan sakit namun ia Cuma bertahan seketika cuma. Lalu abah pergi ke klinik pakar dan membuat ujian ultrasound. Memang ada ketulan kecil batu karang di dalam buah pinggang abah. Doktor memberikan ubat minum bagi mencuci buah pinggang dan melancarkan air kencing.

Selain daripada mengamalkan ubatan moden, abah juga cuba kaedah tradisional seperti meminum air barli. Kesakitan semakin terasa bila mahu kencing kerana batu tersekat di saluran kencing. Susah tul nak kencing. Hampir sejam jugak la abah meneran kencing. Tapi yg keluar sikit aje.

Setelah sekian lama, akhirnya batu karang itu keluar. Nak keluar tu bukannya main susah. Tapi bila sudah keluar lega rasanya.

Tiga tahun kemudian iaitu pada bulan Ramadan 2010, abah mengalami fenomena serangan batu karang sekali lagi. Abah mula demam, muntah-muntah dan sakit kepala. Selepas sahur termuntah pula. Habis segala isi perut…huhuhuhu…

Kemudian Abah pergi ke hospital. Dua suntikan kena untuk tahan sakit tapi tak hilang2 gak. Mujurlah pengetua sekolah abah mencadangkan abah pergi berjumpa dgn seorang bomoh di Pasir Mas dengan membawa 10 biji limau nipis. Pakcik bomoh itu mengasah limau nipis itu menggunakan tanduk rusa lalu terhasillah pati limau nipis sebanyak 1.5 liter. Dia menyuruh abah meminum pati limau nipis itu sehingga batu karang keluar. Syukur kepada Allah pada satu pagi beberapa ketul batu keluar bila abah kencing. Lega rasanya setelah berminggu sakit. Tok bomoh berkenaan memesan agar abah berpantang dari memakan pisang, jering, buah kerdas dan ulaman yang boleh mengetatkan saluran kencing. Dia juga mencadangkan abah agar menjauhi susu. Jadi abah hanya minum teh o dan kopi o.

Pada bulan Ramadan yang lalu abah sekali lagi terkena serangan batu karang kerana kekurangan air kerana berpuasa. Lalu abah meminum jus tembikai dan tembikai madu. Syukurlah serpihan batu karang keluar lagi. Dua kali tu abah kena pada bulan puasa lepas.

Sekarang abah mengamalkan cara hidup sihat untuk mengelakkan serangan batu karang berulang. Antara petua yang abah ingin kongsikan ialah:

1. Minum banyak air bersih ( air bertapis, RO, air mineral, air dirawat ) untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi dan teh.

Semoga perkongsian pengalaman abah diserang batu karang ini akan dapat membantu mereka yang mengalami masalah serupa.

Wassalam.