Hanya pengguna berdaftar boleh menulis komen
Sekian lama Abah Zuki membenarkan semua orang menulis komen di blog abah agar mudah bagi mereka untuk berkomunikasi dengan abah. Tapi malangnya kebaikan abah itu telah disalahgunakan. Dulu pelawat yang tiada akaun google dan wordpress boleh meninggalkan komen hanya dengan menulis nama dan URL blog mereka. Tapi kini tidak lagi kerana abah telah menukarkan tetapan komen itu kepada pengguna akaun berdaftar dan OpenID sahaja. Kenapa abah mengambil keputusan ini? Hah! Tengok print screen kat bawah tu!
Sekali abah tengok dalam spam box ada 7000 lebih komen spam dari robot dan ntah apa2 la. Geram tul! Ingatkan semua spam tu akan dikosongkan oleh blogger team apabila tiba masanya tetapi tidak! Terpaksalah abah delete satu demi satu. Letihnya! Sebenarnya abah dah set untuk menerima setiap komen kawan2 di peti emel Yahoo. Bila abah set kpd akaun google, wordpress dan OpenID maka komen anonymous tu dah x ada dan x akan sampai ke peti emel Yahoo. Syukur.
Selepas dibersihkan spam box di blogger sudah kosong. Yahoo! No more spam comment!
19 Comments
dhsytnye smpi 7k spam.
ReplyDeleteSalam Jumaat abah zuki..mcm mana nak tau komen tu adalah spam?lately ni saya ada juga menerima byak komen dari anonymous yg kebanyakan nya adalah iklan atau yg seangkatan dengannya dalam english..x berkaitan langsung dengan entri yg ditulis pulak tu..
ReplyDeleteSaya pun banyak dapat spam macam tu..nk taruk word verification kesian plak kt kawan - kawan yang selalu komen
ReplyDeleteBetul tu Abe Kie.
ReplyDeleteBenda sama jadi kat saya.
Dah lama tak check ni xtau ler berapa banyak kat spam tu.
Ada juga yang x spam.
Memang boleh jadi camni ke?
bagus lah buat macam ni.. mia pun dah buat yang sama aritu.
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html
heheh memang pun.. selalu spam la pehtu stalker sesuka hati jer nak komen.. last2 kena moderate dulu..
ReplyDeletelama tak menyinggah sini =)
ReplyDelete7k spam, banyak tu
memang jenuh dan delete
a'ah... kadang2 jadi tension kan nak delete spam tu... bukan sikit2... beratus2...
ReplyDeleteNad pun banyak spam..penat nak delete tu..
ReplyDeletesampai 7 ribu? aduh, memang jenuh nak padam,..
ReplyDeleteJM dah lama filter komen dari mereka yg tak berdaftar tu..buat semak je kan
ReplyDeleteBanyaknya komen Spam abah Zuki......Mungkin ini langkah yg bijak
ReplyDeleteasalam, ruang komen saya tak boleh komen lah, apa lagi lah blogger lain jg tak boleh drop komen. macamana nak balik asal tu tetapan tu ya.boleh tak buat n3 hal ni ya dady zuki, tolong saya ya
ReplyDeletemama pun sama gak dulu.. tapi dulu lah.. letih nak memadamnya..
ReplyDeleteSama la kita abe..letih dok delete spam ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum .salam perkenalan Abah.
ReplyDeleteJangan 7k.500 spam pun da letih jugak.
banyaknya spam smapai 7k.. memang menyusahkan.
ReplyDeleteSejak saya buat blog, saya mengamalkan "hanya pengguna berdaftar boleh menulis komen", tak kisahlah walaupun org yang komen daftar blogger tp tak ada blog.
ReplyDeleteBlog SP menerima purata 30-40 komen spam setiap hari yang tiada kaitan langsung dengan artikel, sebab tu kena approve sblm semua komen dibenarkan untuk dipublish, mmg agak memenatkan tapi ruangan komen bersih daripada komen mengarut..:)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.