Pada 16 September lalu Abe Kie telah berkesempatan berjumpa dengan sahabat blogger Shaiful Zaidi yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Dia menulis di http://lagunamerbok.blogspot.com. Pada hari berkenaan dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Kota Bharu, Kelantan setelah bercuti di kampung. Jadi kami berjanji untuk berjumpa di Restoran Edde, Tanah Merah selepas solat Maghrib. Kebetulan kami sampai serentak dan memakir kereta bersebelahan. Pada mulanya Abe Kie terkejut melihat penampilannya yang agak 'sihat' dan berbeza dengan fotonya di blog. Mesti isterinya pandai masak, kan? Alah, Abe Kie ni tak sedar diri yang BMI dia pun dah cecah 30! Hehehehehe... 

Tiga orang anak perempuan  Abe Kie pun turut sama pergi ke restoran berkenaan. Sementara menunggu makanan sampai kami berborak mengenai pekerjaan dan keluarga masing-masing. Ternyata Epul ni seorang yang peramah dan baik hati dengan kawan2 di sekelilingnya. Setelah berborak lebih sejam kami pun beredar. 


Sebelum dia pergi, Epul memberikan ole-ole berupa jeruk madu Pak Ali yang sgt popular di Penang tu. Terima kasih banyak. Segan pulak sebab Abe Kie tak bawakan hadiah. It's OK, next time I will give something to my cyber friends...

In sha Allah, selepas ini abe kie ingin gak bertemu dengan kwn2 blogger yg lain. Jika abe kie ke negeri anda sudi2kanlah berjumpa dgn abe kie. Kalau nak dtg bercuti ke Kelantan tu bagitahulah abe kie, ya? Sekian. Terima kasih.

Kisah pertemuan ini boleh juga dibaca di blog Encik Shaiful Zaidi. Sila klik di SINI.