Assalamualaikum,

Adakah kawan2 menggunakan kad kredit? Apa kegunaan kad kredit? Bagi abe kie, kad kredit amat penting di dalam kehidupan seharian kerana ia dapat mengelakkan dari abe kie membawa tunai berlebihan semasa membeli belah. Selain daripada itu kad kredit boleh digunakan sewaktu kecemasan seperti apabila petrol kehabisan dan tunai tiada di tangan. Bila nak check in di hotel pula kita perlu membayar menggunakan kad kredit. Mudah kan?

Abe Kie menggunakan kad kredit untuk membayar bil2 utiliti seperti TNB, Maxis, Astro, Takaful, Streamyx dan lain2 lagi. Tak perlu lagi beratur di pejabat pos atau membayar menggunakan Maybank2U. Segalanya lebih mudah dengan perkhidmatan autopay oleh Maybankard! Pada akhir bulan cuma bayar kepada bank aje...

Tapi jangan biarkan kad kredit memakan diri kita. Gunakannya dengan berhemah. Macam abe kie ni, selalu membayar keseluruhan caj pada akhir bulan. Jangan bayar separuh aje. Lama2 membukit hutang tu kan?

OKlah, dahulu abe kie menggunakan kad visa petronas gold yang bercirikan  konvensional. Kini abe kie sudah bertukar kpd kad Visa Ikhwan Platinum lagi! Kad kredit ini bercirikan Islamik. Jadi tiada lagi keraguan. Proses penukarannya pun amat mudah. Cuma isi borang dan pos ke Maybank KL. Dalam masa sebulan sudah sampai kad yang baharu!

Antara ciri-ciri utama kad Visa Ikhwan Platinum ialah:


* 8 TreatsPoints bagi setiap RM1 barang runcit yang dibelanjakan pada hujung minggu.

* 8 TreatsPoints bagi setiap RM1 petrol yang dibelanjakan pada hujung minggu di Stesen PETRONAS dan 5 TreatsPoints bagi setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari-hari lain di Stesen PETRONAS

* Apabila membeli-belah, makan di restoran dan berhibur, 1 TreatsPoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan

Ciri-Ciri Lain ialah:

* Percuma Kad Maybankard Touch ‘n Go Zing
* Pelan Perlindungan Takaful
* Bagi Pemindahan Baki, 0% setahun sepanjang tempoh 12 bulan; yuran pendahuluan (sekali sahaja) sebanyak 3% daripada baki yang dipindah
* Pelan Pembayaran Ansuran dengan 0% faedah di semua kedai yang mengambil bahagian.

Jadi apa lagi? Mohonlah kad kredit Visa Ikhwan Platinum di cawanganMaybank yang berhampiran sekarang!