Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin berkongsir rasa geram terhadap sebilangan kecil jemaah masjid yang suka membelek handphone semasa khutbah Jumaat sedang dijalankan. Memang x hormat betul kepada Allah. Tapi abe kie x leh tegur mereka semasa khutbah. Haram tu! Baiklah, di sini abe kie sertakan satu soal-jawab agama tentang isu di atas dengan kwn2 blogger yang kacak dan jelita sekalian. Mohon baca dan komen. Terima kasih.

Soalan: Kenapa tiada seorangpun pemain bola sepak membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan bola sepak?

Jawapannya: Sebab tiada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus kepada permainan mereka. 

Persoalan yang diberikan oleh TG Syeikh Nuruddin Al-Banjari: Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah/masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus/khusyuk daripada solat?


Pesanan Syeikh: Mulai sekarang, belajarlah... belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone/netbook/laptop dalam rumah Allah kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan Allah..