Jom pakat semak dividen ASW2020
Assalamualaikum. Kebanyakan dari kita
ada menyimpan di ASB tetapi tak ramai yang menabung di ASW2020 kerana kurangnya
publisiti. Pada bulan lepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak
syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan
sebanyak 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun
kewangan berakhir 31 Ogos 2014.
Jadi pada 2
September lepas, Abe Kie singgah di pejabat pos dalam perjalanan pulang dari
sekolah. Jelas kelihatan tidak ramai pelanggan di Pos Malaysia pada jam 3
petang Selasa itu. Syukur. Mujurlah abe kie tidak perlu menunggu lama. Abe Kie
menghulurkan buku-buku pelaburan diri sendiri dan 3 orang anak kepada kerani
bertugas. Syukurlah, dapat gak dalam RM100 seorang. Abe Kie membuka akaun
ASW2020 anak2 sejak mereka berusia setahun lagi. Cuma sekarang abe kie dan
anak2 menambah pelaburan di ASB sahaja kerana dividen dan bonusnya lebih
tinggi. Duit dalam ASW2020 ni dibiarkan begitu aje.. Cuma pada awal September
abe kie gi semak dividen.
Baiklah,
kawan-kawan boleh menyemak dividen ASW2020 sekarang. Jika belum melabur
cepat2lah berbuat demikian. Target abe kie ialah membiayai sendiri pengajian
anak2 menggunakan tabungan dan pelaburan sedia ada. Tak mahu mohon PTPTN sebab
tak sanggup bayar interest bulan2 tu...
Sekian.
Terima kasih.
11 Comments
Assalaamualaikum. Berapa keuntungannya abah? hehe
ReplyDeleteapa beza ASW2020 dengan ASB ni, abg kie? yang mana satu divident tinggi? ke die bg ikut pasaran semasa? first time jugak ni dengar ASW2020..huhuhu
ReplyDeletedah bleh semak erk...duet pown xdo..hehehe...
ReplyDeleterasenya takde simpanan ni. hehe
ReplyDeleteSetuju ngan Abe Kie. Saya ni masih terkial-kial jelaskan PTPTN belajar sedekad lalu.
ReplyDeleteyour gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.
ReplyDeletekita punya simpanan tak banyak dalam ASW 2020 ni..Tapi Alhamdulillah..ada juga dividennya..
ReplyDeletecik nor ada asb jer..awal tahun baru blh semak..:)
ReplyDeletep/s: cik nor tag a.kie..:)
Nice sharing
ReplyDeleteSaya tak tengok lagi berapa diveden ASW2020 saya. Saya pun biarkan saja duit dalam ASW2020 begitu saja kerana lebih menumpukan simpanan dan pelaburan dalam ASB.
ReplyDeleteSaya tabik spring dengan "target abe kie ialah membiayai sendiri pengajian anak2 menggunakan tabungan dan pelaburan sedia ada. Tak mahu mohon PTPTN sebab tak sanggup bayar interest bulan2 tu...".
Alangkah bagusnya jika ramai ibu bapa berbangsa Melayu yang mempunyai target yang sama seperti Abe Kie.
Saya baru balik semak untuk ASB.
ReplyDeleteEh lama tidak semak ASW2020. Agaknya ada lagi ke? Nanti cuba bawa ke pejabat pos.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.