Orang Kelantan bakal kuasai ekonomi
Assalamualaikum. Pertama sekali abe kie mohon maaf jika entri ini mengguris hati kawan2 yg berasal luar dari Kelantan. Tetapi inilah hakikat yg perlu diterima. Abe Kie pun bukannya org Kelate taksub sampaikan kwn2 kata abe kie ni mcm bukan org Kelate krna kurang bergaul dgn kwn sesama negeri semasa belajar di UM dulu. Maklumlah kan abe kie ambik kursus TESL... hehehheheheh...
Org Kelantan dijangka menguasai ekonomi dan politik Malaysia pada 2020 mengikut seorang pakar sosiologi dan ekonomi sebuah universiti tempatan. Apabila orang Kelantan menguasai ekonomi maka automatik akan menguasai politik. Org Cina pun akan habis main dengan org Kelantan. Rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina dan India akan jadi kuli org Kelantan nanti. Adakah ia merbahaya kepada masa depan Melayu dan bukan Melayu di Malaysia?
Lihatlah anak-anak Kelantan semakin hebat berniaga di seluruh Malaysia daripada perniagaan secara kecil-kecilan, pertengahan hinggalah kepada korporat2 besar. Org Kelantan bersatu sungguh dan depa ada di mana-mana. Firma2 guaman 90% dikuasai oleh anak2 Kelantan. Bersatu bermakna org Kelantan mempunyai network perniagaan di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja ada lebih 70 persatuan anak2 Kelantan. Itu belum dikira di lain2 negeri. Di Langkawi pun ada persatuan anak2 Kelantan. Begitu juga guru2 yg dihantar ke Sabah dan Sarawak dipenuhi anak2 Kelantan.
Kemasukan ke universiti2 dipenuhi anak2 Kelantan. Beribu2 anak2 Kelantan bekerja di luar negara. Petronas, Proton, DRB Hicom, Sime Darby dipenuhi oleh anak2 Kelantan. Pegawai2 besar di Jabatan2 kjaan di penuhi anak2 Kelantan. Contohnya setiausha Kementerian Pelajaran Malaysia anak kelahiran Kelantan, bekas pelajar SMK Kamil. Pakar2 komputer, engineer, arkitek dipenuhi anak2 Kelantan.
Kota Bharu semakin membangun dah setaraf dgn Ipoh dan dijangka mengatasi kemajuan Pulau Pinang menjelang 2020. Islam sgt kuat di Kelantan sehingga ulamak dianggap golongan elit tertinggi berbanding dgn golongan-golongan lain. Pondok2 paling byk di Kelantan. Ada 68 sekolah agama rakyat di Kelantan berbanding hanya 26 sahaja di Kedah. Ada bandar Kelantan di London dan Amerika Sykt. Org Kelantan rakyat Malaysia paling banyak berhijrah ke UK, US dan Australia. Firma2 construction byk dikuasai oleh anak2 Kelantan. 60% lecturer UKM adalah org kelantan. Rakyat Malaysia pertama yg menjadi pegawai daerah di Jepun adalah anak jati Jeli, Kelantan. Yang terkini anak Kelantan juga menjadi jurulatih badminton pasukan Jepun sehingga menjuarai Piala Thomas. Ada lebih 500,000 rakyat Kelantan diluar Kelantan.
Bukan nak berbangga dgn negeri sendiri, tapi itu adalah realiti. Kami datang bukan untuk merempat, tapi kami datang untuk menguasai.
P.S. Info dari kumpulan Whatsapp aje..... abe kie cuma siarkan kembali untuk bacaan kawan2 blogger. Salah silap harap dimaafkan.
12 Comments
Wah..hebat ore kelante ni. Semoga boleh bagi manfaat kepada semua.
ReplyDeleteyes oklah tu sebelum tu sbbnya kerana mrk rajin kuasai ilmu dunia n akhirat...pabila ilmu dikuasai dgn mudah menguasai dunia..
ReplyDeleteKalau ianya betul kakak pun berbangga sama walau kakak bukan org Kelantan. Pada kakak bila agama selalu diletak tempat tinggi tak mustahil semua ini akan dan boleh terjadi.
ReplyDeleteTempat kakak ni semua yg membuka restoran tomyam dimonopoli org Kelantan. Ada juga yg org Johor tapi tak sesedap yg dari sana (IKHLAS ni)..
Tahniah ore kelate...(betul ke spelling ni)..he..he
ReplyDeletekalau betul, apa salahnya.memang tak dinafikan orang kelate suka berniaga dan mengembara.harap orang kelantan berjaya tinggi mana pun, tak lupa pada Tuhan dan makin rajin bersedekah. :)
ReplyDeleteOrang Kelantan kena berterima kasih kepada Dato' Seri Paduka Raja Mohd Asri bin Muda (mantan Menteri Besar Kelantan 1964-1973) atas kebijaksanaan beliau. Di antara syarat-syarat semasa PAS menganggotai Barisan Nasional pada tahun 1974 ialah Dato' Seri Paduka Raja Mohd Asri bin Muda meminta agar diberi kuota yang lebih besar untuk orang Melayu Kelantan melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Persetujuan ini masih terpakai sehingga sekarang. Bukan sesuatu yang menghairankan jika orang Melayu Kelantan lebih ramai di IPTA berbanding orang Melayu yang berasal dari negeri-negeri lain di Malaysia.
ReplyDeleteTumpang bangga..:)
ReplyDeletesaya Kelantan celup
ReplyDeletemoga di permudahkan..tahniah buat orang kelate..
ReplyDeleteklu betul, aku tumpang bangga
ReplyDeleteSaya bkn org kelantan tapi betul jugak tu. rata2 kt selangor dan KL mesti merekalah yg owner kedai itu ini.berbakat betul. memang daya niaga diorang sgt bagus.
ReplyDeleteHello,
ReplyDeleteIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.