PTPTN cekik darah
Assalamualaikum kepada kawan2 blogger sekalian. Sebelum terlupa, abe kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada kesalahan yang abe kie lakukan sepanjang tempoh menulis blog ini.
Pada entri ini, abe kie ingin meluahkan kekesalan terhadap PTPTN yang menindas peminjam2nya. Tidak dinafikan ramai pelajar IPTA dan IPTS memerlukan pinjaman PTPTN bagi meneruskan kelangsungan pengajian di institusi masing-masing. Tetapi malangnya mereka terpaksa menanggung beban hutang selepas menamatkan pengajian. Lihatlah penyata PTPTN di atas, untuk 15 thn pembayaran balik (300 kali bayar). Perhatikan, setiap bulan debit interest RM65 = RM19,500. Pinjaman asal cuma RM26,000.
Jumlah yang perlu dibayar = RM45,000. Bunga yang dicajkan setiap bulan ialah 0.25%, setahun 3%. Senangnya kerajaan membuat perniagaan dengan rakyat!
I can say here that PTPTN is the government's legalised loan shark! Sepatutnya PTPTN ini membantu rakyat tetapi sebaliknya ia menggigit leher rakyat. Fikir-fikirkanlah. Sekian. Terima kasih....
15 Comments
Betul tu abe kie..saya sendiri ambil masa 6 tahun nak habiskan.rasa dh bayar banyak pun tak luak-luak lagi
ReplyDeleteeyja pon salah sorang daripada mangsa. Akhirnya dapat dilangsaikan tahun lepas. sebab banyak sangat caj pentadbirannyer. xnak pinjam dah. cekik darah sungguh
ReplyDeletemmg pun abe..lgi lama tempoh pmbayaran..lgi tinggi interest..huhu..
ReplyDeletep/s: masuk utk ptptn..nak keja utk byr ptptn..menyesal ambik dulu..
bkan 1% jea ker..eh xdpt pun statement ni..cam ner nk ambik print..?
ReplyDeleteanak Etuza ambil tajaan mara.isu PTPTN ni tak habis dady zukiu..memang ramai tak puas hati.
ReplyDeletebelum lg yg loan ptptn dari diploma smpai degree..lagi gila babas punya hutang bayaran balik.. bukan nak menolong..menjahamkan raktyat lagi ada.
ReplyDeletesy terpksa byr jugak utk elakkn ia bertambah. tapi byrpun mmg tak berkurang lagi.statik situ la...
Biasalah BN, barang naik..huhu
ReplyDeleteRasanya 1% jer, camner leh tinggi cenggitu, mgkn ia ikut tempoh pinjaman kot.. (pening mikir..)
ReplyDeleteSaya setuju dengan abe kie. Rakyat dicaj bermacam-macam bukan sahaja ptptn.
ReplyDeleteSepatutnya keuntungan kerajaan setiap tahun perlu dibahagikan untuk menangung pendidikan rakyat paling kurang pun kenakan caj yang paling sikit sukapaya tidak membebankan rakyat malaysia
Syukur tak terjebak dengan pinjaman2 macam ni. tengok kawan2 yang bekerja, macam apa dah.. gaji yang ada, habis utk barang keperluan dan hutang yang tak habis2. itu pun macam tercekik2.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. Salam perkenalan dr newbie..
http://hzinnirah.blogspot.com
abe kie di tag disini
ReplyDeletehttp://www.arzmoha.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html
masih sedang gigih membayar hutang ptptn...
ReplyDeleteNi dah macam masa saya buat personal loan Rm50k dulu -> byr balik rm79k tempoh 10years.
ReplyDeleteHorrible la teacher!
Saya rasa beruntung, zaman saya belajar tak ada PTPTN. Saya buat pinjaman belajar melalui Jabatan Perkhimatan Awam (JPA). Pinjaman RM12,030.30. Selepas konvo, saya layak dapat potongan pinjaman. Saya hanya perlu bayar balik RM3,010.10 sahaja. Saya buat dua kali bayaran, hutang pun selesai. Zaman sekarang dah tak ada pinjaman cara macam tu.
ReplyDeleteCik nor xbayr2 pun lagi..haha
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.