Nak panggil saya abang atau pakcik?
Pada suatu hari abe kie gi pasar malam di pekan Tanah Merah, Kelantan. Hajat di hati nak beli charger hp. Jadi abe kie tanya penjual tu. Dia memanggil abe kie sebagai 'abe'. Sejuklah hati. Tambahan pula penjual tu nampak lebih muda daripada abe kie. Lalu abe kie beli charger tu dgn harga RM10.
Keesokan harinya abe kie gi ke Parkson Store di Kota Bharu. Pada mulanya niat abe kie nak beli kemeja untuk dipakai ke sekolah. Jadi abe kie tanyalah kepada seorang jurujual perempuan kat situ. Umur rasanya awal 20an. Kalau mampu nak gak ngorat buat bini. (Oppss...maaf abe kie dah janji dengan madam x leh bawa balik madu bernyawa ke rumah). Tapi terkejut dan terkilan juga bila dia memanggil abe kie sebagai 'PAKCIK! Kalau panggil abe gerenti abe beli sehelai. X apalah...Lain tahun je la abe kie datang ke situ lagi.
Masa balik tu terfikir gak mungkin abe kie ni nampak tua sebab rambut dah beruban. Kalau tengok wajah memang la 'boyish' lagi macam Amar Baharin... Jadi apa kata anda? Jawab jangan tak jawab.
16 Comments
assalamualaikum abg kie...
ReplyDeletewalau apa jua panggilan tak kisah lah.
saya pun ada yang panggil tok..
apa2 pun layan je...
http://jmbelog.blogspot.com/
hehe..kadang2 ada jugak yg panggil saya kakak..walaupun org yg panggil tu nampak tua dari saya..
ReplyDeleteretail 101. kalau customer, panggil lah encik.bos diorang tak ajar tu...hahaha.
ReplyDeleteoooo...marah abe kie dipanggil pakcik...dari nak beli terus tak jadi beli hahah
ReplyDeleteBiasa la tu abah, yang muda belia pun selalu dipanggil pakcik oleh jurujual..hehe
ReplyDeleteHehehee...geli pulak dengar Abe Kie memuji diri sendiri ni..Boyish??Hadoii..statement madu bernyawa pun best jugak..Ada pulak camtu..kalau panggil abe, beli. kalau panggil pakcik, blah..Good luck Abe Pokcik Kie
ReplyDeleteMemanggil pelanggan dengan abang tu adalah taktik ambil hati pelanggan.Pandai-pandailah nak bodek orang kan....tapi kalau panggil adik kepada seorang lelaki lagilah tercabar."Awek sikit punya cun panggil aku adik?"hahaha...
ReplyDeleteapapun,apalah ada pada panggilan itu,abe ko,pokcik ko...kena ingat,maut memanggil tak kenal usia.
Dah kehilangan seorang pelanggan..hehehe
ReplyDeletehihi...itu juga yg berlaku pd pembeli wanita..
ReplyDeletebila dipanggil makcik, terus macam mencuka. bila dipanggil kakak,mau borong semua..
hahaha..kang pnggil abg nmpk beno gate nyer.ate bior dame pnggil pak ik le
ReplyDeletehhahaha..boleh erk macam tu...
ReplyDeletehahaha... nak cepat laku panggil abang hensem..confirm borong habis =)
ReplyDeletehttp://seronoknyermelukis.blogspot.com
kalau saya pun tak beli.
ReplyDeletesilap hari bulan banned kedai tu.
kesilapan utama marketing tu.
hehehe
Lelaki kan bermula selepas 40
kalo saya panggil encik jer.. kbyakan perempuan xsuka panggil lelaki abang..
ReplyDeleteBapak saya yang baru 40an tu pun orang panggil pakcik sebab rambut dah beruba. tapi kalau ikut sistem perkhidmatan pelanggan yang betul, salah kalau panggil pelanggan kita 'pakcik' atau 'abang'. Sepatutnya kena panggil 'encik'.
ReplyDeleteKelakar baca ungkapan "madu bernyawa" dan "boyish macam Amar Baharin".
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.