Jangan menunggu
Assalamualaikum. Pada entri kali ini abe kie ingin berkongsi 13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari. Semoga senarai ini dapat menyedarkan kita dalam menempuh kehidupan seharian. In Sha Allah.
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang utk Tuhan,
Tapi luangkan waktu utk Tuhan,
Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk kongsi tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama....
6 Comments
salam jumaat abe kie!good sharing!
ReplyDeleteBenda yg akan tertangguh ni selalunya akn selalunya tertangguh. So bila dah nak nak buat itu ini...teruskan mula..
ReplyDeletesaya sukaaaaaaaaa.. thankss :D
ReplyDeleteTerbaik utk dijadikan renungan..
ReplyDeleteSamalah jgn tunggu buah yg tak gugur, cari galah jolokkan - nanti gugurlah dia hihi...
Jgn tunggu org dtg meminang. Kalau suka risik dan pergi meminang mana tahu ada jodoh haha...
Sekadar nak buat lawak sesekali buat komen disini - jgn marah:)
Selamat berhujung minggu, abe kie.
ReplyDeleteSeronok baca entri ni. Yg penting kita jangan asyik nak tunggu masa yang sesuai untuk lakukan sesuatu. Sebab tanpa kita sedar, dalam menunggu tu kita bertangguh-tangguh :)
Adakalanya tak salah andai kita memulakan dahulu :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.