Tusyen Intensif Cuti Sekolah
Anak pertama saya, Anis, bakal menduduki UPSR pada tahun 2015. Saya sangat bimbangkan prestasi akademiknya kerana keputusan peperiksaan akhir tahun lalu, dia cuma mendapat 3A untuk kertas Penulisan, Pemahaman dan Bahasa Inggeris. Manakala dia mendapat B dan D untuk Sains dan Matematik. Situasi ini amat membimbangkan kerana saya berharap dia juga bakal memasuki SBP seperti saya dahulu.
Kebetulan satu pusat tusyen di Tanah Merah, Kelantan iaitu Pusat Tusyen Aqdi di Jalan Klinik ada menawarkan kelas intensif UPSR dengan yuran RM130 untuk 5 kertas UPSR. Lalu saya menghubungi pemilik pusat tusyen tersebut, Ustaz Afandi untuk mendaftarkan anak saya. Kelas bermula pada 29 Nov sehingga 23 Disember. Kelas diadakan 4 hari seminggu dari Sabtu hingga Selasa selama 90 minit bermula jam 10 pagi. Maka bermulalah tugas saya menghantar dan mengambil Anis dari kelas tusyen.
Saya berharap Anis mendapat ilmu yang secukupnya dari kelas tusyen yang dihadirinya. Pada mulanya dia enggan mengikuti tusyen tersebut kerana mahu bermain telefon pintar dan menonton TV sahaja semasa cuti sekolah ini.Setelah dimarahi barulah dia mengalah dan kini gembira menghadiri kelas tusyen itu. Alhamdulillah.
8 Comments
Semoga tusyen menjadi penambah nilai dalam memperkasa ilmu buat Anis agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan UPSR dgn jayanya... aamiin. All the best Anis.. :)
ReplyDeleteAsalam tahnia dady Zuki rajin dan usaha tangga kejayaan..
ReplyDeleteSemoga menjadi anak-anak yang berjaya dunia akhirat. Amiin..
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagusnya ayah..awal-awal lagi dah buat persediaan utk anak masuk peksa kan..:)
ReplyDeleteada gak parent offer buat tuisyen, tapi CN malas..hehe
ReplyDeleteJemput join segmen CN yer ;)
http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html
Anak saya pun...in shaa Allah akan menduduki UPSR thn depan......
ReplyDeleteSemoga semuanya berjaya...biasanya...emak ayah yang lebih berdebar..
Jemput ke blog saya
www.whitebarley.blogspot.com
semoga anak abah kie berjaya dunia dan akhirat
ReplyDeleteMoga Anis berjaya di dunia dan akhirat. Adakalanya ibu bapa perlu menyatakan dengan jelas mengenai harapan mereka kepada anak-anak :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.