Perkongsian hari ini..untuk kita semua.

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..

kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan nanti kawan sedih nak beli kerana mungkin mak ayahnya tak mampu..

Kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nanti dia terliur..
betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.


Tapi kini..tanpa kita sedari.. melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'.. beli barang baru, upload gambar..,sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak-banyak, upload gambar.. dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank..anak dapat result exam bagus, upload result anak; banyak lg yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli.. ada antara mereka yg lihat gambar makanan yg kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan..
ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada dikalangan mereka yang baru diberhentikan kerja.. ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada dikalangan mereka dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada dikalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya...

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia..
Apa yang lepas itu biarkan ia berlalu.. marilah sama2 kita berusaha ke arah kebaikan..😇