Sahabat blogger, Shaiful Zaidi sanggup turun dari Sungai Petani, Kedah bagi memenuhi jemputan Abe Kie. Terima kasih banyak2, Epul. (http://lagunamerbok.blogspot.com)

Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan diijabkabulkan dengan isteri tersayang maka pada 14 Februari lalu majlis bertandang atau menyambut menantu telah selamat diadakan di rumah kakak Abe Kie di Machang, Kelantan. Majlis yang sepatutnya dilangsungkan tidak berapa lama selepas kenduri di pihak perempuan terpaksa ditangguhkan kerana banjir kuning. Tapi syukurlah setelah segala keadaan pulih sedia kala majlis bertandang ini berjaya dilaksanakan.



Kenduri di sebelah abe kie dibuat secara kecil2an saja. Buat pun setakat mencukupkan syarat aje. Cuma jemput keluarga dan waris terdekat, kawan2 sekolah dan rakan sejawat aje. Tidak ketinggalan bekas2 pelajar abe kie yg masih mengingati guru mereka yang biasa2 ini.



Sempat posing dengan kawan2 satu sekolah di SM Sains Machang, Kelantan, batch 1990.


Suasana tempat hidangan sebelum tetamu datang.