KEDAI MENJUAL ISTERI
Selepas tengah malam ! Kedai yang menjual isteri telah dibuka.....di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai seorang isteri. Peraturan main untuk masuk Kedai tersebut adalah:
"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini SATU KALI !"
Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanita tersebut. Kamu dapat memilih wanita di tingkat tertentu, juga boleh memilih ke tingkat berikutnya, tapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.
Lalu, seorang lelaki pun pergi ke KEDAI ISTERI tersebut untuk mencari calon Isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:
Tkt 1:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan dan pandai memasak."
Lelaki itu tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat selanjutnya.
Tkt 2:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak dan lemah lembut."
Kembali lelaki itu naik ke tingkat selanjutnya.
Tkt 3:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut dan cantik."
''Wow!'', ujar sang lelaki, tetapi pikirannya masih penasaran dan terus naik.
Lalu sampailah lelaki itu di tkt. 4 terdapat terdpt tulisan:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang anak."
'Ya ampun!' Dia berseru, Aku hampir tak percaya!'
Dan dia tetap melanjutkan ke tingkat 5:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang anak dan seksi.."
Dia tergoda utk berhenti tapi kemudian dia melangkah ke tingkat 6 dan terdapat tulisan:
"Anda adalah pengunjung yang ke 4,363,012,123. Tak ada wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk laki-laki yang tidak pernah puas, terima kasih kerana telah berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini."
Saudaraku... , setiap kita tak ada yang sempurna, tak ada sesuatu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini, ISTERI cantik, SUAMI tampan, kekayaan, rumah besar, KERETA mewah, kelihatannya begitu WAH ATAU GAH dilihatnya.. namun itu hanya sementara..
Ya, hanya RASA SYUKUR dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan buat kita, itulah yang membuat HIDUP ini begitu INDAH, kerana kita selalu PUAS terhadap apa yang Allah berikan kepada kita.
Semoga ianya bermanfaat!
5 Comments
naik smpai tingkt 6 tu baru la jntan kan., huhu
ReplyDelete...syukur dengan seadanya
http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
ReplyDeleteJom Join
Mensyukuri nikmat yg allah berikn buat kita. Menghargai insan d sekeliling kita inshaallah hidup rs lbh tenang. Bgs kisah ni..sbg peringatn utk kita brsm
ReplyDelete1st time dengar...
ReplyDeletehttp://jmbelog.blogspot.com
Rugi tidak dapat pilih isteri tapikan macam tertipu sebab tiada calon isteri.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.