Adakah  anda  sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumahtangga anda? Jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami. Seorang   kawan yang bekerja   di  kementerian  pelajaran  menceritakan pengalamannya  berurusan  dengan  para  janda  yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.Walaupun  ada  teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang. Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:

1. Suami orang   biasanya penyabar  dan menilai tinggi  institusi kekeluargaan.  Mereka tidak mudah  melafazkan kata cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.

2. Suami orang makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.

3. Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.

4. Suami  orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita  kahwin duda,  dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.

5. Suami  orang  lebih  baik  dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa  tinggal  dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal  bersama  janda  yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa  tidak selesa dan lemas melayan teruna.

6. Suami orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.

7. Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.

8. Suami orang  biasanya tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana mana.

9. Suami orang  biasanya susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.

Banyak lagi kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin  anda sebenarnya  berada dalam kerugian yang besar kerana tidak menjadi pilihan   wanita. Jadi pastikan  anda segera  berkahwin untuk mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya.

Jadilah suami orang  yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah dalam  perkahwinan biar  kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung jawab anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan  sabar, nescaya anda  bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.
