MAJLIS PERTUNANGAN ANAK SAUDARA
Assalamualaikum. Pada 21 Mac yang lepas abe kie dan keluarga pergi bercuti di Dungun, Terengganu sempena cuti pertengahan penggal sekolah. Kami bertolak pada pagi Jumaat tepat jam 8.45 pagi dan sampai di rumah kakak pada jam 12.50 tengahari. Perjalanan menjadi singkat kerana abe kie melalui Lebuhraya Pantai Timur mulai di Kampung Gemuruh, Kuala Terenggahu dan terus keluar di Dungun. Jika ikut jalan biasa memang lambatlah nak sampai.
Sesampai di sana, Kak Zun menjamu kami dengan nasi dan lauk ikan yang lazat. Kemudian kami pergi berehat di inap desa yang berdekatan. Selesai mandi dan solat, kami ke rumah Kak Zun kerana rombongan kami akan bergerak ke rumah pihak perempuan pada jam 3.30 petang. Anak saudara saya, Zaim melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya bernama Fatin. Mereka berusia 25 tahun.
Kami bermalam di inap desa berkenaan pada malam Sabtu dan bertolak pulang ke Kelantan pada pagi Sabtu. Sebelum itu abe kie, kak ton dan anak2 bersarapan di sebuah gerai berdekatan. Abe kie yang memang mengidam nasi lemak sambal ikan tongkol terus memesan menu berkenaan. Memang sedap la..
Kami akhirnya sampai di Tanah Merah pada jam 4 petang. Sesungguh perjalanan ke Dungun amat memenatkan namun ia sangat bermakna kepada abe kie dan kak ton yang sedang berbulan madu. Hehehehehe...
4 Comments
alhamdulillah..moga kekal hingga ke jinjang pelamin.
ReplyDeleteTahniah buat anak saudara Abe Kie..
ReplyDeletecongratulation
ReplyDeletesedapnya mkn kenduri di trengganu.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.