Kad-kad raya untuk kawan-kawan alam maya
Pertama sekali abe kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca setia blog abe kie yg suam2 kuku ini. Pada raya kali ini abe kie turut meneruskan tradisi lama iaitu menghantar kad2 raya kpd kwn2 maya di FB dan blog. Tahun ini abe kie mengepos 9 keping kad sahaja kepada mereka dengan harapan mereka akan membalas kad raya abe kie tu. Jangan plak bagi alasan takut x sampai kad sebelum raya kerana kita kan beraya selama sebulan?
Semoga dengan penghantaran kad raya seperti ini akan dapat merapatkan ukhwah sesama ummah. Memang la boleh ucapkan selamat hari raya menerusi media sosial tetapi 'feel' itu x ada. Kalau dgn kad raya ni boleh la dipegang, ditengok dan disimpan. Betul tak kwn2 yg kacak dan cantik sekalian? Jadi apa lagi? Hantarlah sekeping kad raya kpd abe kie skrg juga kerana anda pasti akan mendapat balasannya dari Tanah Merah, Kelantan!
3 Comments
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Abe Kie, isteri dan anak-anak..:)
ReplyDeleteselamat hari raya abe kie
ReplyDeleterajin hantar kad raya ye
lama dah xdpat kad raya..:)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.