Tidak Cukup 20 Sen Nak Bayar Tol
Assalamualaikum. Abe Kie tertarik untuk berkongsi satu cerita menarik yang ditulis oleh Encik Abd Ghani Haron tentang situasinya yang tidak cukup duit sebanyak 20 sen untuk membayar tol. Baca dan hayatilah. Terima kasih.
Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyelok poket mencari duit RM1.60 bayaran tol. Baru sedar tak bawa wallet. Menyelongkar dalam dashboard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhentikan kereta agak jauh dari rumah tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet belakang, namun duit 20 sen tak ditemui.
Nak telefon anak suruh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu. Semasa berdiri luar kereta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatakan tidak. Masa itu saya hilang rasa malu meminta kepadanya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol. Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit, dan menyuruh saya menerimanya. Dia berlalu dengan ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.
Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita, sebanyak mana harta kita, setinggi mana kedudukan kita, sebaik mana kenderaan kita, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup. Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada, kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka. Tuhan boleh takdirkan apa juga. Mungkin kerana kereta kita besar, hebat, kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong, picit hon kpd kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.
Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada, tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup. Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah, besar nilainya. Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip, tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan. Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.
Bila kita ditimpa kesusahan, bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap, kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada. Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja, tetapi OKU yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.
Allah selalu menegur kita, cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita, yg dinampakkan kpd kita. Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress. Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalam Quran, Allah ada menyebutkan 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir'. Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan.
3 Comments
itulah kan... kalau ada syiling ni kadang-kadang kita letak aje kat mana kita nak seolah-olah ianya tidak sebesar manapun...Tapi kalau tak ada 20sen, susah juga kita nak bayar tol.
ReplyDeletejadi haus lebih dari 20 sen untuk bisa keluar dan masuk jalan tol ya puan?
ReplyDeleteperlu tambahan duitnya dong yah?
salam sehat dan ceria selalu.
wah, terbaiklah cerita ni. betul apa yang dikata. setinggi mana darjat, kita masih insan biasa. jangan pandang hina pada sesiapa. kita masih perlukan semua orang
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.