Hapuskan semut di rumah dengan mudah
Assalamualaikum. Di mana ada gula di situlah ada semut. Itu ialah peribahasa Melayu dulu-dulu. Tapi abam kie rasa peribahasa itu sudah tidak boleh digunakan di rumah abam kie. Kenapa? Tempohari semut ada merata-rata di atas meja dan kabinet rumah. Pantang aje abam kie letakkan nasi bungkus di atas meja pasti akan dihurung semut. Begitu juga jikalau abam gantungkan nasi bungkus itu ke dinding maka pasti ia akan dihurung semut juga. Geram tul! Kadang2 semut ni jahat betul sampaikan ke dalam bekas air masak dan ikan masin pun dihurungnya! Mereka bukan saja tertumpu kepada makanan manis!
Lalu abam membeli kapur anti semut yang ada dijual di pasar malam. Cuma RM2 sebatang. Kalau beli 3 batang cuma pada harga RM5. Balik ke rumah terus abam menggores segala kaki meja dan kerusi di rumah ini bagi mengelakkan semut itu menghurung makanan di atas meja tu. Bila semut melintasi goresan kapur itu mereka akan lemah dan mati. Kira berbisa jugaklah kapur dari China ni..
Alhamdulillah kapur ajaib anti serangga yang abam beli di pasar malam itu berkesan dalam mencegak pembiakan semut. Cubalah sekarang dan lihatlah akan perbezaannya! Selamat berjaya!
13 Comments
semut sekarang dah tak pandang gula semata..masin..pahit..kelat semua dimakan..hehe..ubat batuk..pun diminum..hai la semut..wah bagus juga ni abam kie..
ReplyDeletebkn dlm gula je skrg ni..dlm cawan kosong pn dorg berkampung.. cawan minum airmasak je padahalnya.. adeh la..
ReplyDeletep/s : mak sy kat kg pn guna kapur jugak buat gores kat lantai, mmg berkesan.hehe..
bkn dlm gula je skrg ni..dlm cawan kosong pn dorg berkampung.. cawan minum airmasak je padahalnya.. adeh la..
ReplyDeletep/s : mak sy kat kg pn guna kapur jugak buat gores kat lantai, mmg berkesan.hehe..
Rumah saya pun byk semut, penah dgr benda ni, nnt kena cari kt pasar malam lah yek
ReplyDeleteciternya skrg semuat skrg dah advance..yong letak beras kat dapo pon dia masuk gak
ReplyDeletedlu mak cik nor selalu gak guna tp sekarang dah xguna..thulah knapa..xjumpa org jual kot..hihi
ReplyDeleteBOLEH CARI N CUBA KAPUR MAGIK NI..
ReplyDeletewaaa.. ada kapur anti semut ye.. kat umh sy ni tak tahu dh nak buat mcm mna dgn semutyng bnyk2 ni.. buat la cara apa pn. xkan hilang..
ReplyDeletetak pernah tau lak kapur ni wujud. kena cari gak nanti ni. banyak sangat dah semut kat rumah. nak spray pun dah tak larat.
ReplyDeletesemut skrh ni dah pandai .. rumah saya pn byk tp pakai ubat dlm paket tu alhamdulillah setakat ni terkawal ^_^
ReplyDeletebleh try ni
ReplyDeletekalo saya sembur dengan ridsect je semut dalam rumah tu..huhu
ReplyDeleteBeracun tak ni.kalau terkene tangan sebelum makan bahaye tak
ReplyDelete<a href="radiosenyap.blogspot.com>Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam</a>
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.