Caj Astro HD kini RM25 sebulan
Apabila memiliki TV LED dengan melanggan siaran ASTRO sudah tentu datang keinginan untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik daripada TV LED dan perkhidmatan HD tersebut. Pada awal 2013 abam kie melanggan siaran HD dengan ASTRO dengan membayar RM20 sebulan. Selepas setahun didapati jumlah itu sudah tidak dicajkan ke dalam bil ASTRO Abam. Sukanya hati sebab bil sudah turun. Jimat la sikit dan kurang beban...
Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Pada Julai lalu abam kie mendapati bil ASTRO naik mencanak. Biasanya bayar RM42.50 je sebulan. Tetiba je bulan tu naik sampai RM68.85. Geram tul lalu dengan pantasnya abam menelefon ASTRO. Abam ceritakan tentang masalah bil yang mencanak2 tu. Kemudian staff ASTRO tu citer selama 18 bulan abam kie dapat rebat yuran HD. Selepas tamat tempoh itu caj RM25 akan dicajkan semula! Terkejut sakan abam!
Terfikir gak nak tutup langganan saluran HD tu. Tapi bila memikirkan anak2 suka tengok CH393 dan abam suka channel 721, 729 dsb maka niat itu terbantut. Ialah kan, x best la tengok saluran family favourites saja kan? Macamana dengan kawan2 sekalian? Adakah perlu melanggan perkhidmatan HD ini?
1 Comments
Tunggu je siaran tv digital percuma rtm..;)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.